Ali Hassan Ahmad

Penghulu Rembia, Melaka

MiF Oral History

18 JAN 20

“Masa abah berkahwin dengan mak saya, abah saya kerja rencam... Cari buah, jual buah. Cari sayur, jual sayur.”

Penghulu Rembia

Bertemuduga dengan Penghulu Muda

Saya lahir di Melaka.  1 Januari 1983 di Kampung Berangan Enam Umbai. Asal-usul datuk nenek moyang saya ialah Umbai, sebelah emak. Sebelah abah di Klang. Abah berkahwin dengan emak dan duduk di Melaka.

Masa abah berkahwin dengan mak saya, abah saya kerja rencam. Mula-mula tu kerja kampung. Cari buah, jual buah. Cari sayur, jual sayur. Kemudian bila anak pertama lahir, abang long saya, abah saya berhijrah ke Puchong. Masa tu hujung tahun 60-an. Ada satu company nama “Killing Hall”. Sampai dapat abang saya nombor dua dan kakak saya yang nombor tiga. Diaorang berada di sekitar Puchong dan Sunway. Masa tu masih ada lombong bijih timah. Dia ialah buruh di lombong bijih timah. Tembak batu dengan air.

Mak tak kerja. Mak suri rumah sepenuh masa. Dia jaga anak. Duduk dekat rumah kerja lombong. Tinggal di sana sampai adik-beradik ketiga. Saya adik-beradik lapan orang. Saya anak kelapan. Masa saya lahir abah dah ikut orang buat kerja-kerja kontrak. Abah saya pergi Arab Saudi. Masa tu orang Malaysia pergi Arab Saudi untuk bina hotel dan bangunan. Dia tinggal sana sampai umur saya dua tahun. Lepas tu dia balik. Balik dari Arab Saudi tu, kira senang sikit.

Ramai juga anak-anak dia kena jaga, lapan orang…

Lapan orang. Selang dua tahun, dua tahun. Semua tengah sekolah. Tapi mungkin sebab mak saya ni perempuan yang besar hati, macam mana pun anak kena sekolah. Semua sekolah lah. Bila saya umur lima tahun, abang long saya dapat pergi U.S. Dapat scholarship JPA pergi University of Minnesota. Kakak masuk sekolah, lepas tu dia pergi UIA. Tapi memang struggle lah abah. Dia dapat modal untuk berniaga ikan di pasar borong Melaka. Dia ambik kat tauke-tauke Cina. Dekat pasar, kalau dulu punya sistem, kalau you tak kenal siapa-siapa, memang dapat hujunglah. Cabut undi pun tetap akan dapat hujung. Dalam pasar, kalau kedai hujung, siapa nak datang beli? Selalu ikan tak laku. Apa abah saya buat?  Abah saya “Rambo”, dia buka khemah depan Kampung Jawa. Dekat Kampung Jawa masa tu ada ramai orang Indonesia berniaga apam balik. Abang tetap kat situ berniaga ikan. Nasib baik, ikan lepas, nasib tak baik, ikan kena rampas oleh majlis bandaraya sebab berniaga tak ada lesen. Tapi hampir sepuluh tahun juga abah berniaga macam tu. Itulah yang sara kami adik-beradik ke sekolah.

Tahun bila ayah berniaga ikan?

1993/94. Masa saya darjah tiga dan empat tu memang struggle. Masa tu adik-beradik sekolah kat asrama dan universiti. Saya ingat lagi masa tu, selepas dah bagi duit kat abang dan kakak, sampai kat saya, dah tak ada duit. Orang Melayu ada main duit kutu. Mak pun pergi kat rumah orang main kutu tu dan mak pinjam duit. Saya ingat lagi mak kata, “Kak Nab, bila tak nak pinjam duit untuk Ali bayar yuran beli buku?” Nenek Nab tu bagi tiga puluh ringgit. Sepanjang jalan dari rumah ke sekolah, saya jalan kaki dua kilometer, saya menangis. That was a turning point in my life. Aku kena belajar betul-betul ni. Masa tingkatan dua dan tiga tu, dah okay sikit. Bila abang dah balik dari States, dan kakak habis buat law di UIA, abang ngah dah buat accounting. Sampai masa tu, diaorang pula jaga adik-adik. Abang long kata abah tak payah kerja lagi. Mereka kumpul duit buka satu restoran untuk abah.

Macam mana suasana membesar kat kampung?

Kampung betullah, memang kampung boy betul. Pergi mandi parit, pergi anjung batu, cari belangkas, cari teritip, cari pokok buah api-api, kemudian rebus makan dengan kelapa. Sesat dalam hutan paya bakau. Mandi laut, berenang kat sungai.

Orang Melayu kat sana gotong-royong tak?

Yes. Tapi saya tengok orang potong buluh untuk buat balai. Kalau setakat adat berkampung buat tapai sama-sama, itu memang dapat. Seminggu lagi sebelum kenduri kahwin, orang perempuan duduk dekat serambi rumah buat kuih dan bahulu. Mereka buat kuih hawa maskat yang manis tu. Buat tapai. Seminggu sebelum tu dah meriah dah. Malam berinai. Petang sebelum berinai tu buat roti jala. Malam merewang, potong daging, potong bawang, dan budak-budak kecik tak tidur, berjaga. Macam mana tak mau bagi tidur? Pasang videotape. Filem selalu pasang ialah Rambo. Yang tua-tua hisap daun, main pakau.

Sana ada perubatan kampung?

Ada. Kita panggil orang tu Nek Sembok. Ada Nek Munah untuk bomoh patah. Dia tak payah urut kat tangan, dia pakai daun kelapa. Dia urut ghaib tau. Masa ada yang buat di Umbai. Kalau kita cacar air, ada tangkal air Nenek Sembok. Dua tiga hari minum, kita dah tak rasa gatal. Nenek Sembok dah meninggal. Nenenk Sembok tak ada waris, tapi Nek Munah ada waris lelaki.

Ada tempat keramat tak?

Ada. Keramat tujuh beradik di Umbai, belakang rumah tok saudara saya. Orang cerita mereka orang alim-alim dulu. Ada tujuh kubur kecil. Kata orang kampung itu ahli keluarga Sultan Zainal Abidin yang sebar Islam di Pulau Besar.

Kebanyakan kawan yang membesar di kampung, bawa diri ke Kuala Lumpur, atau kekal di kampung?

Kampung saya ini ada masalah dadah yang sangat heavy. Jadi kebanyakan kawan saya yang membesar dan bermain di kampung, hanya dua tiga orang yang lepas. Yang lain semua sangkut dengan dadah. Dari Form 1 dah hisap ganja. Saya kalau kena tahan kat Melaka, kat area Merlimau tu, kalau polis tanya, ‘Kau budak mana? ‘ Budak Kampung Berangan Enam Umbai.’ Terus polis akan buat ujian urine. Ia macam suatu stigma, budak Kampung Berangan Enam semua hisap dadah. Sampai macam itu sekali. Kalau rambut panjang sikit saja, kena tahan. Kawasan tu hari-hari polis masuk.

“Mereka [ibu bapa] tak aware sebab mereka tak tahu dadah jenis baru. Mereka tak kenal pun dadah baru seperti shabu.”

Perbualan di pejabat
Melaka in Fact pada
18 Januari 2020

Apa yang mendorong untuk balik semula ke Melaka selepas bekerja di Kuala Lumpur?

Sewaktu balik Melaka, saya sangat kagum dengan apa yang berlaku di Melaka. Di Kampung Morten. Sebelum tu saya tak rasa Melaka ni menarik pun. Saya rasa Melaka macam tu saja, tak perlu berubah. Bila balik dari KL, dan tengok Kampung Morten, saya rasa wow! Melaka berubah tiga ratus enam puluh darjah bila Kampung Morten diubahkan. Dulu saya bermain kat situ sebab abah saya berniaga kat pasar. Bahagian depan rumah kita nampak sekarang, dulu sebenarnya belakang rumah. Toilet mereka dulu ialah sungai.

Balik ke Melaka tahun bila?

2013. Satu lagi niat masa tu nak balik sebab saya nak jaga abah saya. Dia dah sakit teruk. Mak saya pun sakit. Saya takut kalau mak jaga abah, nanti mak lagi sakit teruk.

Di mana tempat pertama jadi Penghulu?

Balik ke Melaka saya report kat pejabat daerah Melaka Tengah. DO saya masa tu Datuk Rosnani Latiff. Orang yang sangat baik. Saya ditugaskan jadi Penghulu di DUN Pantai Kundur. Pantai Kundur itu merangkumi Tanjung Keling, Lereh, kawasan pantai. Kebetulan tempat itu keadaannya sama dengan kampung kelahiran saya. Masalah dadah, kampung tepi laut. Bila saya sampai situ, saya rasa macam saya punya kampung. Antara masalah kawasan itu ialah hakisan pantai sebab penambakkan laut dan sebagainya. Dadah. Saya fokus pada tiga benda: hakisan pantai, dadah, dan pendidikan. Dadah tu saya buat sampai tempat yang port sarang penagihan dadah terbesar dekat Tangga Batu itu bersih dari dadah. Saya buat macam-macam: Jihad Dadah, Perangi Dadah Habis-Habisan. Saya buat dengan AADK dan unit narkotik. Buat program pendidikan pada mak ayah bagi mereka kenal dadah-dadah jenis baru. Dulu kalau kita cakap kat orang kampung anaknya hisap dadah, dia marah kita balik. Tapi bila kita dapat turned pemikiran orang kampung, dia sendiri telefon kita. ‘Tok, anak saya ni hisap dadahlah, tolong datang tengok.’

Kebanyakan ibu bapa ni aware tak anak mereka hisap dadah?

Mereka tak aware sebab mereka tak tahu dadah jenis baru. Mereka tak kenal pun dadah baru seperti shabu. Saya perasan benda tu. Saya pun panggil penceramah yang boleh bagi penerangan seperti Kamarul Bahrin. Buat ceramah kat kampung. Panggil orang kampung datang. Panggil artis yang pernah hisap dadah. AADK support semua. Saya rasa kita memang tak boleh nak ubat penagih tegar ni, tapi kita tak nak ada penagih baru. Kita generasi baru ni hisap rokok dan hisap dadah. Saya buat program tu sampai saya sendiri berhenti hisap rokok. Saya nak buktikan benda tu kita boleh buat. Saya pergi sekolah dan cakap kat mereka jangan hisap rokok, sebab benda pertama kita buat sebelum hisap dadah ialah hisap rokok. Tentang hakisan saya dapat tolong orang kampung buat groin. Batu-batu groin. Kita tak ada bajet besar untuk lagoon dan sebagainya. Tapi sekurang-kurangnya bila ada groin, atau tembok pemecah ombak, kita dapat tarik balik pasir. Walaupun pantai jadi tak berapa cantik, tapi sekurang-kurangnya pantai itu tak hancur. Saya jaga Pantai Kundur dari PRU13 sampai PRU14.

“Budaya kosmopolitan di Melaka sudah wujud beratus tahun dahulu.”

What is your vision for Melaka? Apa masalah yang ada dan bagaimana kita dapat mengatasinya secara konkrit?

Melaka ni tak ada masalah. Dia tak ada masalah yang akan menyebabkan konflik besar. Orang Melaka ni baik-baik, antara orang paling baik di Malaysia. Dia mudah mesra. Budaya kosmopolitan di Melaka sudah wujud beratus tahun dahulu. Kalau kita tengok kat Jalan Tukang Emas, sebelah tokong ada masjid, sebelah masjid ada kuil. Masalahnya kita yang memisahkan diri kita sendiri. Dengan politik. Visi saya harap kita lakukan sesuatu di Melaka ni bukan dengan pemikiran politik parti. Kalau kita nak buat sesuatu, kita buat for the sake of Melaka sendiri. Bukan sebab kita mileage politik, bukan sebab kita nak tunjuk kita yang handal, bukan nak berbangga dengan sesuatu yang tak patut kita bangga. Saya harap orang Melaka dia kena berfikir bagaimana nak melestarikan budaya yang ada di Melaka. Kalau kita tak buat, benda tu akan hilang macam tu saja.

Bagaimana dengan masalah ekonomi di mana Melaka bergantung pada pelancongan? Misalnya kesan corona virus.

Memang ada kesan. Sebab kita tengok di Jonker Walk, pelancong China dah jadi macam pelancong Eropah dulu masa lewat 90-an. Sekarang orang Eropah dah kurang, ramai pelancong China. Sebab orang Eropah datang mencari suasana. Dia nak ecotourism. Kalau Melaka nak jadi sustain pelancongan, kena ketengahkan budaya. Macam pelancong China ni, kita tak boleh depend sangat. Kalau kita bergantung pada satu negara, ia akan beri kesan pada pelancongan. Kita kena ketengahkan keaslian Melaka.

Bagaimana nak perang dadah?

Kita tak boleh nak jadikan ia zero, macam saya cakap tadi. Kita buat sesuatu, kita kena beritahu pada budak-budak dan kanak-kanak. Kita beri pendidikan tentang dadah. Kita kena beritahu dadah ini ialah pilihan yang kau buat. Kadang-kadang dia rasa dadah itu cool. Dia tengok kawan dia ambik, dia rasa cool.

That’s easy to say, but if you are already a drug addict, it doesn’t work.

Betul, bila dah jadi drug addict susah. That’s why, kita nak pastikan sebelum dia jadi drug addict. Bila dah jadi drug addict, itu kerja AADK untuk pulihkan dia. Bukan tugas pemimpin setempat atau NGO. AADK ambil lah sebab mereka memang ada bajet. Kalau berat sangat, polis ambil lah. Tapi kita nak tengok pada mereka yang berpotensi untuk jadi penagih dadah.

Terima Kasih Penghulu

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading