In January 1971, Melaka experienced the worst flood ever recorded. On the evening of 5th January 1971, it rained non stop forfour days and caused massive floods in the town areas. 25 relief centres were opened to accommodate 10,000 victims in the state. Police , Army and Civil Defence were deployed to assist the population. Everyday the Melaka town people went walking around the streets to experience the flood. Among areas affected in town were Kee Ann Road, Kampung Jawa, New Market Road, Jalan Bunga Raya, Jalan Bendahara, Lorong Bukit China and Jalan Temenggong. During interviews for community mapping, elders in these areas shared their memories of the flood here.
Eye Witnesses
Melaka Downtown Exhibition
“Dulu bapa buka kedai runcit dekat Jalan Bunga Raya. Semasa banjir dulu, satu minggu tak boleh keluar rumah. Kena duduk dalam rumah, kena masak dekat loteng. Semua kena buat atas loteng. Dulu loteng banyak orang tinggal. Adik-beradik semua”
Tang Wei Mun, 81 Jalan Kee Ann 13 Mac 2020
“Dulu kedai bapa saya, beras semua lari dengan air banjir. Habis semua barang dalam kedai. Masa itu hujan datang malam lor. Tak sempat mahu alih barang-barang. Semasa banjir, banyak anjing, kucing ada orang bunuh dan makan. Itu orang Vietnam yang banyak buat begitu. Pagi-pagi lu jalan tepi sungai, wah boleh nampak banyak bangkai kucing dan anjing lor. Sekarang kerajaan buat ini sungai banyak bagus sampai takde banjir lagi”
Tang Yoke Ying, 73 Jalan Kee Ann 13 Mac 2020
“Masa banjir dulu, saya kerja Majlis Bandaraya Melaka, kita masuk kerja naik basikal. Air sampai sini [menunjukkan sampai bahagian dada], dekat panggung Capitol sana. Di Pengkalan Rama sampai begini punya air [menunjukkan bahagian leher]. Masa itu saya punya adik beradik semua angkat naik lori pergi sekolah SFI [St Francis Institution]. Dia orang tinggal satu minggu di sana. Lepas tu dia kasi pindah dekat Bukit Baru, Sekolah Cina sana. Makan semua Gomen tanggung kos, askar-askar bawa nasi lemak haha.
Kita dulu tinggal di Pengkalan Rama. Lepas banjir, balik rumah semua lumpur, kita ambil baldi dan buang lah dekat Pengkalan Rama, sana dulu sawah. Masa tu askar dari Kem Terendak datang, naik speedboat. Dekat saya punya rumah kampung, boat tangkap ikan tu boleh jalan. Speedboat, dia lalu bukan pelan-pelan, lalu kuat-kuat, air macam ombak pukul. Rumah-rumah semua dia hantam, kita marah sama dia orang lah, baru lepas tu dia slow“
Samy a/l Govindasamy, 74 Jalan Bendahara 13 Mac 2020
“Dulu bapak saya jual pisang, nenas, buah-buahan lah. Dulu banjir sampai kat lutut. Air penuh, itu jam takut eh. Itu jam saya masih dalam belasan umur. Masa banjir semua lari ke Bukit Cina dan tinggal sana. Gua rasa 1 minggu banjir. Itu masa dalam 1971 sebab aunty ingat lagi 1969 itu curfew. Banjir habis, balik rumah, dalam rumah itu tanah merah banyak“