Bersama generasi ke-3 tukang emas
Khoo Chua Thong, 38
Temuduga pada
25 Januari, 2020
Kedai Emas Lin Hui Sheng 916 9 Jalan Jawa
Hi Mr. Khoo, sudah berapa lama kedai ini dibuka?
Sudah third generation, since my grandfather’s time. Actually dulu sini kedai jual besi dan aluminium. Tapi sudah tukar jadi kedai emas.
Macam mana grandfather masuk dalam business ini?
Saya pun tidak pernah tanya dia. Sebab saya sudah dilahirkan disini, sudah jual emas.
Kenapa kamu minat kerja ini?
Itu senang cerita sahaja. Sekolah tak tinggi. Tak ada certificate, jadi nasib baik ada ini kedai, kita sambung sahajalah. Saya [bekerja] sini sudah 20 tahun. Saya berumur 38 tahun, tak ada bini tak ada anak.
Kamu dilahirkan di kedai ini?
Ya. Ini kedai dan rumah juga. Dari kecil sampai sekarang, banyak ubah. Sini dulu sibuk nak cari car park pun susah. Tapi sekarang ada car park besar sikit, di buka di lorong Kampung Jawa sana. Itu pun affect [mengurangkan] kita punya customers.
Kebanyakan pelanggan kamu orang mana?
Melayu yang paling banyak. Banyak makcik-makcik yang datang selalu sini. Fikir mahu beli emas, datang ke Kampung Jawa atau Bunga Raya. Tapi sekarang foreigner banyak, orang Bangladesh, kan suka beli emas.
Sebab emas sini lebih murah ke?
Lebih murah dari Poh Kong la. Poh Kong based on market price, kita punya barang below market price. Tapi sebenarnya mutu barangan semua sama. Saya nak tipu, mana-mana pun boleh tipu.
Tapi ini bisnes sekarang tidak boleh lagi. Banyak down. Politik problem, Coronavirus problem, semua sekaligus datang. Sekarang you tengok itu gold hiking banyak, terlalu tinggi. Jadi, semua orang tidak boleh support.
Sekarang, untung makin kurang dan tipis. Kalau sekarang you mahu buka kedai emas, confirm condemned. Sebabkan interest charge semua, kecuali you ada modal besar baru boleh tahan, atau Ah Long. Jikalau you tanya kedai-kedai disini, semua generation yang kedua. Semua tua punya.
Dulu roti canai baru berapa sen sahaja. Sekarang RM1.50 sekurang-kurangnya. Kita punya duit sudah kecil, barang sudah besar, gaji masih sama, confirm tak boleh survive. Dulu kalau gaji RM1500, macam manager. Sekarang RM1500 macam [orang dari Bangladesh] punya gaji. Tak boleh cakap apa. Walaupun you jimat memang tak boleh survive.
Apa plan kamu untuk masa hadapan dengan keadaan sebegini?
Lagi berapa tahun bersara lah. Macam sekarang you tengok lah, buka kedai dah tunggu tutup kedai saja ma. Bersara punya life lor. Retirement.
“Actually dulu sini kedai jual besi dan aluminium. Tapi sudah tukar jadi kedai emas”
Masih muda lagi…
Muda memang muda, tapi ini macam satu war juga. Negara kita, ada politik. Emas pun ada politiknya. You tengok berapa banyak kedai emas ada di sini. Dalam 40 kedai emas. Jadi itu harga confirm koyak. Income pun tidak cukup punya. Kalau nak untung, kena buat jualan macam Tesco. Dulu kan kita boleh buat branded. Saya punya kedai kan, banyak orang tahu. Tapi sekarang tak dapat dibranded-kan. Confirm mesti macam Tesco, Mydin.
Tahu tak kenapa banyaknya kedai emas di tempat yang kecil?
Itu macam kita Cina cakap, ikut angin. Satu kedai buka, semua selonggok dekat sana. Buka pub pun sama, selonggok-selonggok. Yang “early bird” semua dapat cari duit. Yang ikut angin terlambat habis lah. Tengok sana menangis sahaja.
Sekarang emas punya harga sudah banyak tinggi. Poh Kong, 1gram RM212 -RM215. Kita tak boleh jual macam Poh Kong sebab kita bukan branded. Poh Kong pun you pergi tengok: pekerja lebih dari customer. Kita punya kedai sini macam main tikam-tikam. Jadi satu tahun kan, kita takde tutup, takde rest. Hari-hari buka.
Kedai emas kena cukai, bagaimana?
Setahun sekali. Cukai itu terpulang kepada sales lah. Macam tahun ini sampai tahun 2021, mungkin tidak payah bayar cukai. Sebab terlalu banyak commitment dan second, takde sales. Ini high-risk punya barang, dan untungnya banyak tipis. Kalau kita jual barang, kita fikir untuk makan hari ini. Makan biasa sahaja eh, bukan makan restaurant, ada aircon punya tidak boleh.
Sekarang barang-barang you tengok semua ekonomi style, nampak besar macam langsi sahaja. Nampak macam banyak kasar, tapi bila you pegang ringan macam keropok. Orang mata tengok besar, kecil. Berat, ringan orang tak hirau. Jadi barang-barang sekarang semua keluar ekonomi style. Dulu barang macam ini [menunjukkan sebuah rantai] harganya dulu punya kualiti sekurang-kurangnya RM30,000 ke atas. Ini, baru berapa 15 gram, RM5,000 ke bawah sahaja. 6 kali ganda beratnya atau 6 kali ganda kebesaran, mana satu kamu pilih? Kosong punya barang dengan padat punya barang tidak boleh dibandingkan.
Ini famili bisnes ke?
Ini famili bisnes. Hanya satu kedai ini. Dan saudara-saudara saya ada 3-4 kedai emas di daerah sini. Tapi cakap terang lor, persaingan kan, tak ada cakap saudara mah. War is war.
Kebanyakan orang jual emas macam kita, kita tengok harga Dollar, tak tengok Ringgit. Tapi sekarang, you tengok politik: pasal satu handphone [Huawei] satu dunia boleh gaduh. Jadi you tanya saya boleh survive, saya terus cakap tidak boleh survive. Setiap bulan kena keluarkan duit sendiri. Ini macam rolling rolling rolling, sampai tak boleh rolling lagi, terus tutup kedai lah.
Kalau tutup kedai apa yang kamu mahu buat?
I pun tak tahu. Beli properties? Tengok macam di daerah sini, tall building, high building, shoplot cantik-cantik tapi takda orang. Banyak sudah orang dari negeri asing beli. Tengok bagaimana itu ekonomi boleh kembang, semua jual kepada orang asing aje. Mahathir cakap cuma Melayu, tapi saya cakap pasal Malaysian: all Malaysian sama juga la, malas. Kais pagi makan pagi, tak kais tak makan lah. Kita harap masa depan, cukup makan sudah lah. Tak payah kaya. Kita kena fikir itu macam.