MELAKA GOLD | EMAS

Tukang Mas Kampung Jawa

Lim Hoo Chin

Pemilik tidak memberi kami kebenaran untuk mengambil gambar di kedai dan menguna nama beliau.

Dengan pemilil
Kedai Emas Chuan Yap

Temuduga pada
27 Februari 2020

Kedai Emas Chuan Yap
9 Jalan Kampung Jawa

“Saya pun tak tahu saya Hokkien ka, Teochew ka. Saya bangsa Cina lah sebab kita orang semua dekat rumah cakap Mandarin”

Boleh tahu aunty punya kedai sudah buka berapa lama?
22 tahun.

Aunty sambung kedai ni daripada bapa, ka?
Takda lah, saya punya sendiri buat.

Aunty tinggal kat sini lah?
Bukan, ini kedai saya sewa, atas loteng orang lain.

Kenapa aunty minat buat kerja kedai emas?
Bukan minat ka tak minat, sudah ingat mau berniaga buat ini, meniaga lah.

Boleh kita tahu nama aunty siapa?
Kedai emas punya orang tak kasi tahu nama punya, kita takut mah.

Aunty dari apa bangsa, Hokkien ka, Hakka ka?
Hokkien lah. Saya pun tak tahu saya Hokkien ka, Teochew ka. Saya bangsa Cina lah sebab kita orang semua dekat rumah cakap Mandarin.

Macam mana perniagaan sekarang sama dulu?
Sekarang sudah tak sama, ini jam sudah teruk. Ekonomi pun sekarang tak baik.

Banyak orang tak beli emas lah?
Ada tapi jarang lah, kalau penting baru orang beli lah.

Aunty pernah buat gigi emas tak?
Tak pernah, ada orang panggil buat, tapi gua tak angkat. Sekarang dah tak ada orang buat lagi.

Biasa kalau Melayu dia suka design yang macam mana?
Macam biasa lah. Saya jual banyak Malay, ini jam punya style takda Melayu punya, takda Cina punya. India punya design saja lain. India punya pattern pun macam thali. Dulu saya ada jual India punya design, tapi India banyak susah mahu jual, workmanship dia mahal. Mahu untung India punya orang banyak susah. Dia orang banyak pandai potong harga. Itu sebab bila India punya pattern dah habis, saya tak jual lagi. Dulu India punya pattern banyak saya jual. Saya punya aunty ada jual India punya pattern.

Kedai aunty tu kat mana?
Kat Bunga Raya, sebelah Tong Chong.

So kedai ini aunty sendiri punya lah.
Bank punya lah, kita mana ada duit. Kedai emas mesti mau pinjam bank mah. Kalau tak pinjam bank macam mana mau buat?