MELAKA GOLD | EMAS

Intan Berlian Baba Nyonya

Andy Yoong

En Andy Yoong tidak memberi kami kebenaran untuk mempaparkan gambar beliau.

Dengan generasi ke-2 pemilik
Kedai Emas Liko
Andy Yoong, 47

Perbualan pada
25 Februari, 2020

Kedai Emas Liko
24A Jalan Kee Ann
06-284 0388

Operating Hours:
10am - 5.30pm

Kedai ini dibuka sudah 35 tahun oleh bapa, orang Melaka. Kita sewa sama association, Perubatan Association Melaka [Chinese Medical Association]. Saya kerja ni dari umur 18 sampai sekarang. 

Banyak kedai dekat sini pun lebih dari 40 tahun. Mereka punya bisnes turun temurun, kita yang 35 tahun masih bujang lagi, dah dari kecil tengok dia orang niaga. Kita yang akhir datang sini buka, kerana sebelum itu kita punya kedai dekat Jalan Munshi Abdullah. Bapak dengan dia punya brother sharing, lepas itu kita sendiri keluar datang sini. 

I pun pernah pergi training dekat outstation, 2-3 tahun. Kita belajar macam mana nak buat emas, nak build up factory, sebagai pekedai emas, pengurus, kita kena pastikan sedaya upaya untuk belajar. Jika tak ada information yang experience dan profesional, kita tak boleh build up sesuatu barang, tak boleh setting dan repair. Sekarang Melaka memang sangat kekurangan pekerja-pekerja tukang emas. Saya ingat dalam 10 tahun ini tak akan ada lagi. Jadi kita sebagai pekedai emas kena profesional, macam doktor specialist, macam tu. 

Sekarang orang muda tak mahu belajar, lama-kelamaan memang tak akan ada lagi. Di kedai-kedai emas yang masih muda memang tak banyak, gaji pun tak tinggi. Dia orang pun malas nak belajar, lagi pun sekarang ada online sales, orang semua nak senang. Online sales punya income lebih tinggi daripada kerja ini. Di sini kita kena tiap-tiap hari kerja, kita kena sangat-sangat rajin kerja. Rezeki dan keuntungan sangat rendah, risiko sangat tinggi. 

Pertama, takut orang rompak; kedua, harga emas naik turun, takut kita rugi, harga tu akan naik tinggi-tinggi dan boleh turun tinggi-tinggi; ketiga, sekarang penipu banyak, kita takut orang akan bawa datang barang yang palsu, yang orang curi punya barang; keempat, kita beli insurance, harga sangat mahal, jadi kita nak bayar expenses sangat tinggi. 

Kita punya cara macam money changer, kita akan jual-beli. Kita punya bisnes tak serupa macam lain barang boleh simpan stock, sebab kita tak tahu bila naik dan bila turun, jadi katakan lah kita jual 100 gram, kita akan beli balik 100 gram untuk protection kita lebih selamat, macam saham lah. Sama macam money changer, dia tak boleh jual semua duit dia, tapi tak ada orang trade-in. Kita ada in and out, in and out. Tapi satu kebaikan dia ialah, emas tak akan busuk/rosak.  

Barang emas ni, stock dari supplier, ada kilang dari seluruh Malaysia. Sini ada satu jenis emas, 916. Perak dan suasa ada jual, tapi itu hanya percentage kecil saja (10% pun tak sampai lah). 

Kita punya family sudah 3 generation, kita memang famous dari tahun 60an dan 70an untuk buat intan, kerongsang dan antique jewellery. Melaka tak banyak yang jual antique jewellery. Saya, uncle saya dengan Teck Seng. Melaka yang 3 kedai ini ada jual antique jewellery punya design untuk Peranakan. 

Stok ada yang dia orang jual, ada yang lama dan ada yang new-made. “New-made”: maksud saya tukang yang umur 80-90. Dia masih ada buat lagi. Tapi dekat Melaka, dia ada tinggal 2-3 orang. [Stok] yang lama biasanya dari keturunan nenek moyang. Jadi orang yang muda-muda, dia tak mau simpan, kalau tak ada duit dia akan jual lah.  

Sekarang masih ada collector datang lagi. Peranakan mesti mahu beli. Antique jewellery ini untuk Penang, Melaka dan Singapore saja yang famous, pasal ketiga tempat ini ada Peranakan. So dia orang yang suka collect macam ini punya barang. 

Customer kebanyakan bumiputera, comparison bumi to others is 6:4, 60% Malays, 40% maybe Indian and Chinese. Kita semua design pun ada tapi India punya design memang tak banyak sebab kat sini tak begitu popular. 

Sebenarnya dulu area ini [Jalan Kee Ann] tak banyak kedai emas, tahun 1985 hanya 3 kedai emas saja, saya rasa. Kita tak kira lama, sebelum itu ada satu Poh Kong, tapi dia sudah tak mahu meniaga lagi, sudah tutup. Yang kedai-kedai emas yang ada ini semua pindah keluar daripada Kampung Jawa. Jadi memang padat lah kedai emas di kawasan sini. Kalau nak beli emas, datang kawasan sini. Untuk customer pun lebih memuaskan, boleh compare harga, pilihan pun lebih. Pasal kedai emas ada banyak, persaingan hebat, harga pun lebih murah. 

Saya pun sudah mahu 50 tahun. I rasa kena rajin cari makan saja loh, kita nak upgrade pun, tak boleh buat apa-apa lagi. Hanya kena maintain expenses only, itu yang penting. Jika tak mahu improve, jika tak mahu mengubah cara yang canggih, design yang mengancam dan yang anggun, suatu hari you akan tutup. Jadi you memang nak sedaya-upaya macam mana nak menarik customer, jadikan dia [customer] yang paling baik, dia tak akan berpisah dengan you.

Photo Gallery

Melaka Downtown Exhibition

UNESCO