Bersama dengan Penjaga
Tokong Ban Lin Kong
Francis Low Yen Huat, 55
Perbualan pada 10 Mac 2020
Tokong Ban Lin Kong 147-B, Jalan Temenggong
Adakah En Francis merupakan orang yang bertanggungjawab kepada Tokong Ban Lin Kong?
Ya.
Sejak bilakah kamu menjadi caretaker atau orang bertanggung jawab kepada Tokong Ban Lin Kong?
Tahun 1995.
Sejak tahun 1995?
Ya. Sebelum itu bapa saya.
Maksud kamu, sebelum tahun 1995 dikendalikan oleh bapa kamu?
Ya.
Sebelum 1995, bapa kamu yang mengendalikan?
Pada tahun 1951, datuk saya pindah ke sini. Kami sebenarnya berasal dari Ipoh, Papan.
Pada tahun 1951, datuk kamu pindah ke tempat sekarang ini.
Di sana selama ini kami ada menyembah Dewa Kwan Ti.
Menyembah Dewa Kwan Ti semasa berada di Papan?
Betul. Datuk saya datang dari China. Semasa Malaya masih berada di bawah pentadbiran British, iaitu sebelum Malaya merdeka, apabila datuk saya sampai di sini, beliau menjalankan kegiatan budaya [Kepercayaan Dewa Kwan Ti] dengan bermula sebuah altar kecil.
Maksud En Francis, datuk kamu menjalankan budaya yang berkaitan dengan altar Dewa Kwan Ti?
Betul. Mula-mulanya pada atas kertas.
Memuja pada kertas pada mulanya?
Ya.
Ada tertulis apa-apa di atas kertas tersebut?
Ada tertulis perkataan ‘Kwan Ti’.
Adakah datuk kamu mula membuat pemujaan Kwan Ti yang tertulis di atas kertas itu di dalam tokong ini?
Tidak. Di suatu tempat yang kecil sahaja.
Di sini juga?
Ada meja (altar) dan juga papan roh dewa, sembahyang dengan cara begitu. Kemudian ada kumpulan orang tokong akan datang sembahyang dan melakukan upacara tatung. Pada masa itu, datuk saya sudah mula membantu mereka dalam urusan melakukan upacara.
Datuk kamu telahpun mula melakukan upacara?
Ya.
Tempat melakukan upacara masih di tempat ini sekarang?
Ya, tidak pernah ubah.
Cuma pada masa itu tidak ada bangunan yang besar seperti sekarang?
Cuma rumah papan sahaja, yang terletak di atas tanah lapang.
Tadi kamu mengatakan bahawa datuk kamu telahpun mula terlibat dalam melakukan upacara, apakah maksud ‘melakukan upacara’?
Maksudnya menolong/menyelamatkan orang. Apabila ada orang terkena benda ‘kotor’, datuk saya akan menjemput Dewa Kwan Ti untuk menyelamatkan mereka.
Maksudnya sekiranya terdapat penganut yang menemui perkara yang tidak elok, tidak sihat dan mempunyai masalah, mereka akan berjumpa datuk kamu untuk meminta bantuan?
Bukan, mereka akan datang bertanya.
Adakah bertanya kepada dewa?
Pada masa itu ada sekumpulan Wu Ying [Generals/Soldiers of 5 Camps] bersama dengan datuk saya akan ‘menjemput’ dewa di sini.
‘Menjemput’ dewa?
‘Menjemput’ dewa untuk menyelamatkan mereka. Sebelum ini mereka tidak ada tatung. Cuma ada upacara sembahyang sahaja.
Tidak ada tatung, cuma ada upacara sembahyang sahaja?
Betul. Upacara Maoshan.
Datuk kamu yang mengendalikan (tokong ini) pada tahun 1951, bagaimana pula dengan kemudian?
Kemudian apabila anaknya telah besar, bapa saudara kedua saya tatung [menjadi perantara kepada dewa]. Dewa Kwan Ti / Kwan Sheng Ti Jun minta bapa saudara kedua saya tatung. Masa itu umur beliau lebih kurang 19 atau 20 tahun. Pada masa itu saya masih kecil, saya tidak tahu apa yang berlaku, datuk saya yang memberitahu kami tentang perkara ini.
Pada asalnya, selepas datuk kamu, beliau mewariskan (tugas/tanggungjawab ini) kepada bapa saudara kedua atau bapa kamu dulu?
Beliau tidak mewariskan kepada mereka. Tokong ini ada dewanya. Pada masa itu, kumpulan Wu Ying ada datang membantu tokong ini. Bapa saudara kedua saya turut membantu pada masa itu.
Adakah selepas datuk kamu, bapa kamu yang membantu mengendalikan tokong ini?
Tidak. Bapa saudara kedua saya dulu. Beliau ada jadi tatung. Maka beliau mengendalikannya. Bapa saya juga membantu seperti menyusun barang-barang, memukul gendang. Tetapi bapa saya tidak berani membuat benda ini, bapa saudara kedua saya yang menggalas tugas ini.
Maksudnya sebelum datuk kamu mewariskan tugas beliau, bapa saudara kedua dan bapa kamu telah mula membantu datuk kamu?
Betul.
Kemudian datuk kamu mewariskan kepada bapa saudara kedua kamu?
Ya. Kepada bapa saudara kedua.
Kepada bapa saudara kedua untuk menjadi tatung?
Ya.
Adakah bapa kamu ada membantu bapa saudara kedua kamu pada masa itu?
Pada masa itu dah ada Wu Ying.
Adakah Wu Ying terdiri daripada orang luar?
Betul.
Adakah Wu Ying akan datang membantu apabila ada upacara ‘pertanyaan soalan’?
Betul. Apabila ada perkara penting, mereka akan datang jika kami memanggil mereka. Zaman dulu tidak banyak tempat hiburan, sekiranya terdapat apa-apa kegiatan (tokong) seperti bapa saudara saya tatung, orang dari kampung yang berdekatan tentu akan tahu. Selepas 13 Mei, bapa saudara saya ditangkap dan dibuang negeri, maka selama belasan tahun tidak menjalankan upacara di sini. Kemudian apabila datuk saya meninggal dunia, tiada orang menguruskan tokong ini. Masa itu tahun 1980-an, umur saya lebih kurang 19 atau 20 tahun. Pada masa itu, kakak saya ada minta seorang sifu datang melihat tokong ini dan tengok macam mana nak uruskan. Ketika sifu masuk ke dalam tokong sembahyang, Dewa Kwan Ti turun, saya terus tatung pada masa itu.
Masa itu Dewa Kwan Ti tiba-tiba masuk ke badan En Francis?
Ya.
Jadi masa itu merupakan kali pertama kamu tatung?
Ya.
Masa itu kamu menjadi perantara Dewa Kwan Ti?
Ya, Dewa Kwan Ti. Pada masa itu saya tak reti apa-apa. Saya belajar daripada seorang sifu dengan mengambil bahagian dalam urusan tokong seperti membantu dalam upacara ‘pertanyaan soalan’, memukul gendang, Wu Ying, menyampaikan kata-kata, membantulah apa yang patut. Kemudian tokong itu agak kucar-kacir, semua orang telah berpisah. Disebabkan saya ada tokong sendiri, saya pun balik (ke tokong sendiri). Walaupun saya telah balik, namun saya tidak berani mengendalikan benda ini sebab tidak pandai. Kemudian saya ada mengambil bahagian apabila diajak oleh kawan untuk membantu dalam memukul gendang dan upacara menjemput dewa sempena sambutan hari jadi Dewa Kwan Ti di tokong beliau. Kemudian selepas 2 atau 3 tahun, saya melakukan tatung sendiri. Dewa Kwan Ti nak saya ‘melakukan kerja’. Maka saya ‘melakukan kerja’ dengan bantuan 2-3 orang kawan. Buat perlahan-lahan.
Jadi masa itu kamu bersama dengan 2-3 orang kawan untuk mengendalikan semula tokong ini?
Ya. Mengendalikan segala urusan tokong ini.
Adakah kamu mengambil alih dan mengendalikan semula urusan tokong ini pada tahun 1995, bersama dengan rakan-rakan?
Betul.
Apakah dewa utama yang disembahkan dalam Tokong Ban Lin Kong?
Dewa Xie Tien Da Di [dikenali juga Hiap Thian Dai Thay] adalah dewa utama. Dulu masa bapa saudara saya, beliau menjadi perantara Dewa Kwan Ti Sheng Jun. Terdapat 2 tarikh hari jadi dewa pada masa itu, salah satu jatuh pada 13 hari bulan 5 (mengikut kalendar lunar). Pada masa itu bapa saudara saya menjadi tatung, mereka bersusah payah mengumpulkan wang untuk ‘menjemput’ patung dewa.
Waktu ‘menjemput’ patung dewa ke dalam tokong ini adalah pada 13 haribulan 5 LSP: 13 hari bulan 5 mengikut kalender lunar Cina?
Betul. Juga merupakan tarikh hari jadi.
Juga merupakan tarikh hari jadi Dewa Kwan Ti Sheng Jun.
Betul. Manakala tarikh sebenar hari jadi Dewa Kwan Ti Sheng Jun adalah pada 24 hari bulan 6 kalendar lunar.
“Semasa datuk saya, sembahyang ke atas kertas (dewa) tersebut. Sebab pada masa itu tak ada wang, mereka sembahyang dengan cara mudah. Kemudian ada orang Wu Ying atau orang luar yang menang duit dalam perlumbaan anjing yang dulunya dianjurkan pada setiap hari Sabtu”
24 hari bulan 6 adalah tarikh hari jadi (Dewa Kwan Ti) yang sebenar?
Ya, hari jadi yang besar. Selama ini kami akan membuat upacara sembahyang yang sedemikian.
Maksudnya, semasa bapa saudara kamu mengendalikan tokong ini, beliau ada ‘menjemput’ patung Dewa Kwan Ti ke dalam tokong dan meraikan 2 kali hari jadi Dewa Kwan Ti?
Betul. (Meraikan) setiap tahun. Semasa beliau ada, beliau ada buat tiap-tiap tahun.
Maksudnya, semasa beliau mengendalikan tokong ini, sambutan hari jadi Dewa Kwan Ti diraikan setahun dua kali?
Betul.
Sebelum bapa saudara kamu mengendalikan tokong ini, dewa cuma di atas sekeping kertas sahaja?
Betul. Ketika datuk saya.
Ketika datuk kamu mengendalikan tokong ini?
Semasa datuk saya, sembahyang ke atas kertas (dewa) tersebut. Sebab pada masa itu tak ada wang, mereka sembahyang dengan cara mudah. Kemudian ada orang Wu Ying atau orang luar yang menang duit dalam perlumbaan anjing yang dulunya dianjurkan pada setiap hari Sabtu.
Menang duit dalam perlumbaan anjing?
Betul. Lalu mereka membeli patung dewa tersebut, dan juga gendang.
Bilakah bapa saudara kamu ‘menjemput’ patung dewa?
Rasanya pada tahun 1982.
Lebih kurang pada tahun 1980-an?
Ya.
Adakah tokong ini dibuka setiap hari?
Dibuka setiap hari.
Adakah dibuka termasuk Sabtu dan Ahad?
Betul. Pintu memang dibuka. Cuma kadang kala grill pintu akan dikunci sebab khuatir ramai orang keluar masuk, ada peti sumbangan di sini.
Khuatir wang yang simpan dalam peti sumbangan?
Tapi masih ada orang di dalam. Kamu panggil, akan ada orang keluar buka pintu untuk kamu sembahyang.
Khuatir wang yang simpan dalam peti sumbangan akan hilang?
Ya. Dulu pada tahun 1980-an, ada ramai penagih dadah. Tembikar colok emas dan kaki lilin tembaga sering kali hilang dicuri orang.
Ada tak waktu melakukan upacara ‘pertanyaan urusan’?
Ada. Hari pertama dan kelima belas setiap bulan kalendar lunar.
Boleh terangkan proses atau prosedur semasa melakukan upacara ‘pertanyaan urusan’?
Mudah sahaja prosedurnya. Selepas itu kami dah ada Wu Ying, Wu Ying maksudnya jeneral-jeneral kepada 5 arah, iaitu arah timur, selatan, barat, utara dan tengah. Mereka ini mewakili dewa. Apabila Wu Ying sampai, mereka hendaklah sembahyang terlebih dahulu.
Apabila Wu Ying sampai, siapa yang perlu sembahyang terlebih dahulu?
Semua ahli-ahli Wu Ying perlu sembahyang terlebih dahulu.
Sembah kepada semua dewa yang terdapat dalam tokong ini?
Betul. Sembah kepada Dewa Tian Kong, lepas itu ‘menjemput’ dewa. ‘Menjemput’ dewa utama dan jeneral 5 arah.
Maksud dewa utama adalah Dewa Xie Tien Da Di?
Betul. Kemudian meminta izin daripada dewa Wu Ying bahawa hari ini kami nak ‘melakukan kerja’. Dan kami memalu gendang untuk memulakan upacara ‘membuka altar’. Mula-mula kami ‘menjemput’ Dewa Xie Tien Da Di turun untuk ‘melakukan kerja’. Dalam proses ‘melakukan kerja’ ada upacara sembahyang. Wu Ying mewakili 5 arah.
Perlu juga ‘menjemput’ Dewa Jeneral Hei Ling. Dewa Jeneral Hei Ling berperanan menjaga keselamatan/keamanan di luar. Kemudian ‘menjemput Dewa Maharaja Jed. Sekiranya Dewa Xie Tien Da Di ada mengurniakan kepada mereka, baru mereka boleh ambil.
“Apabila semua dewa dah sampai, dan ahli tatung pun ada, maka mesti melakukan sembahyang di dalam tokong. Sekiranya dewa tertentu mahu seseorang untuk ‘melakukan kerja’ atau ‘membantu’ dalam urusan tokong ini, mereka (dewa-dewa) akan ‘turun’ ke dalam badan mereka”
Apakah benda ini?
Wu Ying perlu menjalankan upacara ‘menjemput’ dewa, ‘membersihkan’ laluan, dan ‘menjemput’ Kuda Langit membawa dewa utama ke tokong ini.
Biasanya keseluruhan upacara ‘melakukan kerja’ akan bermula dan tamat pada pukul berapa?
Bermula pada pukul 8.00 malam. Pada waktu tersebut, ahli-ahli Wu Ying, ahli-ahli jawatan kuasa dan sesiapa yang ada masa lapang akan datang sembahyang.
Ahli-ahli Wu Ying dan ahli-ahli jawatan kuasa tokong ini akan datang?
Ya. Mereka akan datang sembahyang dan membantu apa-apa yang patut.
Sehingga pukul berapa?
Tidak tetap. Kalau ramai orang datang ‘tanya tentang masalah’, kadang kala boleh sampai pukul 11.00 atau 12.00 malam.
Kadang kala boleh sampai pukul 11.00 atau 12.00 malam?
Kadang kala mempunyai keadaan di mana seseorang boleh tanya 3 atau 4 soalan.
Apabila dah ‘membuka altar’, penganut-penganut akan datang untuk ‘tanya tentang masalah’ mereka?
Betul.
Adakah kamu seorang sahaja yang melakukan tatung di dalam tokong ini setiap kali ‘membuka altar’ iaitu pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan mengikut kalendar lunar Cina, dengan menjemput Dewa Xie Tian Da Di datang ke sini?
Ya, menjemput dewa utama datang ‘turun’ kepada saya dan ‘membuat kerja’.
Cuma Dewa Xie Tian Da Di sahaja?
Ada lagi, Dewa Xuan Tian Da Di, Siong Te Kong (*gelaran lain).
Adakah Dewa Xuan Tian Da Di akan ‘turun’ bersama-sama Dewa Xie Tian Da Di pada setiap 1 dan 15 haribulan kalendar lunar?
Ya. Apabila semua dewa dah sampai, dan ahli tatung pun ada, maka mesti melakukan sembahyang di dalam tokong. Sekiranya dewa tertentu mahu seseorang untuk ‘melakukan kerja’ atau ‘membantu’ dalam urusan tokong ini, mereka (dewa-dewa) akan ‘turun’ ke dalam badan mereka.
Pada kebiasaannya, adakah Dewa Xie Tian Da Di sahaja akan datang ‘membuka altar’ ‘melakukan kerja’ pada setiap 1 dan 15 hari bulan kalendar lunar, atau Dewa Xuan Tian Da Di / Siong Te Kong akan datang bersama? Kalau Siong Te Kong datang, adakah ada seorang tatung lagi?
Betul, akan disediakan tempat lain untuk beliau. Kami akan sediakan sebuah meja dan barang-barang untuk beliau.
Juga dalam tokong ini?
Betul.
Juga ada seorang tatung (perantara) lain yang datang di mana Dewa Siong Te Kong akan ‘turun’ kepadanya?
Betul.
Adakah tatung tersebut merupakan ahli jawatankuasa tokong kamu?
Boleh dianggap sebagai ahli jawatan kuasa tokong sebab ahli tatung dan Wu Ying juga tergolong di dalamnya.
Jadi beliau merupakan juga tatung kepada Tokong Ban Lin Kong?
Merupakan member kami.
Setakat itu sahaja, terima kasih kerana sudi menerima temu ramah kami.