Aunt Kim

Tukang Jahit

“saya dulu duduk kampung, semua campur Melayu, cakap campur Melayu, itu jam saya duduk Tanjung Kling.”

The Tailor

Bertemu pada
15 September 2018

Aunty, nama aunty siapa?
Melayu panggil Kim, Melayu jahit baju panggil Aunty Kim.

Aunty umur berapa?
Ko tengok, cuba terka.

Ada 60 lebih lah? 70 tahun ya?
Ya lebih kurang lah.

Aunty dah berapa lama buka kedai ini?
Tahun 1968 ka 1967, tahun 1965 saya ada kerja kat sini. Kerja jahit baju dengan orang. Tahun 1970 saya buka kedai sendiri.

Sebelum aunty buka kedai ini, dah ada orang lain buka dulu lah?
Dulu ada orang buka, dia buka 2 kedai, satu kedai dekat bastan tu, bila dia buka 2 kedai, dah jarang datang sini, saya datang tengok-tengok, saya pun tanya dia kalau dia tak mau, kasih saya lah. Saya pun ambik lah, saya pun sewa lah. Tapi tauke bukan dialah, tauke lain orang. Saya sewa sama tokey.

Dulu mula-mula sewa berapa harganya?
Itu jam RM 30.00, sekarang RM 200, 200 lebih sama api air.

Aunty, boleh saya tau, aunty bangsa apa? Ada saya tanya dorang Hakka, Hokkien kerja tailor.
Saya Hokkien.

So memang banyak Hakka dan Hokkien banyak yang buat tailor?
Betul, saya dulu duduk kampung, semua campur Melayu, cakap campur Melayu, itu jam saya duduk Tanjung Kling.

Dulu-dulu customer orang putih kan?
Ya orang putih, tapi tak berapa banyak lah, itu jam saya baru buka kedai. Masa tu baju pun tak banyak, saya ambik pattern, pergi Bukit Baru, pergi rumah orang putih. Orang putih kan banyak kat Bukit Baru tu. Saya sama kawan saya pergi, tanya lah “mo buat baju ka?” ada bawa sample kain, kalau dia orang nak kain tu, kita beli dan kita buat lah. Kat Tanjung Puteri pun ada banyak orang putih, itu jam orang putih belum balik lagi, kita pun pergi rumah dia, pergi tanya-tanya. Ada buat lah tapi tak banyak, itu jam kita takda baju kita pergi round sana tengok lah. Tak tau cakap orang putih pun kita pergi juga.

Aunty jahit orang putih punya bajulah, skirt ka, dress ka.
Ya.

Sekarang customer banyak?
Itu dah lama lah, sekarang customer dah banyak, kita pun tak keluar lagi. Lama tak keluar, customer datang sendiri.

Dulu aunty keluar sama siapa?
Sama kawan-kawan. Kawan saya pun tak da jahit kat sini lagi, dia buat kat Kuala Lumpur, Singapore.

Aunty belajar jahit dari mana?
Saya belajar jahit kat Kubu, Kubu ada tailor ajar orang jahit. Sekarang dah takda lagi.

Aunty duduk kat mana?
Saya duduk kat Tanjung Keling lah, rumah mak.

Sekarang punya bisnes macam mana aunty?
Ni dalam 2, 3 bulan ini bisnes kurang, sekarang orang buka kedai, jual apa- apa pun ada susut sikit. Dia orang jual bag, jual apapun ada kurang. Kadang orang gemuk beli baju besar, kena alter juga. Semua kena alter, ada yang genap-genap boleh pakai.

Dulu ada berapa penjahit ada sini?
Dulu sini ada jual kain, jual bag, sekarang dah tutup. Semua dah banyak tutup.

Kenapa dalam satu building ni, dia letak semua tailor, aunty tau kenapa?
Sini banyak Melayu datang jahit baju.

Tapi dulu tak kan?
Dulu sini India ada jual kain batik, kain-kain. Kedai depan tu Cina jual kain, belakang kat sini ada kedai gunting rambut. Ada India datang jual kain sarung batik.

Ada juga orang jual kain lah?
Ada.

Sini tailor sama tailor ada ngam tak ngam ka?
Takda, sini kita penjahit takda cemburu-cemburu, saya sama sebelah ngam. Kalau dia tak nak kasih saya jahit, dia tak nak jahit banyak-banyak. Kita takda rebut-rebut customer. Melayu ada jeles, tapi kita Cina takda. Kalau dia tak nak, orang datang kat sini, kalau dia tak nak, saya ambik lah. Kalau takda saya tak boleh jealous lah. Kalau Melayu kadang- kadang jeles eh, kita takda. Kekadang baju kurung lelaki untuk sembahyang punya, saya tak jahit so kasih sebelah, atau pun bagi kat depan. Kita jahit tak cantik, saya tak berani ambik, dorang buat cekak [collar] cantik. Saya tailor buat tak cantik, saya tak mau ambik.

Aunty dari dulu satu orang buat ka, ada orang tolong?
Dulu saya 4 orang kerja, sekarang dah tua-tua tak nak kerja. Kekadang dia orang angkat balik jahit lah, saya gunting dia orang balik rumah jahit. Saya tak jahit, saya gunting saja.

Aunty gunting dan upah orang?
Ya, sekarang tinggal 2 orang saya upah, dulu 4, ada dah tua dia tak mo.

Tapi tailor kat sini semua Cina ya?
Ya, dulu ada India kasih jahit baju saree, pendek punya, sekarang dah takda lagi dah.

Terima Kasih Aunty