Mokhtar bin Haji Ali

Mantan Pengerusi Surau Al Abideen

“Sana masjid, sini surau. That’s mean orang dulu-dulu ada 'hal'. Kelompok sini dengan kelompok sana. That’s why kelompok kecik ni, dia tak nak join pada masjid. ”

Bekas Pengerusi

Bertemu pada
11 September 2019

Saya Mokhtar Bin Hj Ali, bekas pengerusi Masjid Al-Hamideen, Bukit China Melaka dan
pengerusi surau AL-Abideen, Bukit China Melaka. Sebelum tu saya pengerusi JKKK
Kampung Bukit China.

Sudah berapa lama Encik jadi pengerusi kat masjid?
10 years.

Kalau kita tengok peta lama kan, surau tu ialah balai polis.
Are you sure? Tahun bila tu?

Dah lama dah, Encik tak pasti pasal tu lah?
Belanda about 1700 something, tak pernah pulak dorang cerita yang ni balai polis.

Sebelum surau, yang Encik tau, tempat ni dulu apa?
Macam mana boleh jadi balai polis ya? because arwah Datuk Tamby Chik cakap, tu nenek moyang dia punya tanah. Kalau tanah hak persendirian macam mana boleh
buat balai polis?

Mungkin sebelum itu.
Maybe lah, I pun tak tau sejarah tu.

So, tanah tu adalah Datuk Tamby Chik punya lah?
Kata dia, dia pun dah passed away, dia claim lah. Tanah ni kalau ikut daripada daftar Pejabat tanah, title not clear. That’s mean, orang dia kita tak kenal. Dia pun dah wakaf kat surau. Dia wakaf keluarga-keluarga dia, hundred over years ready. So dorang tak tukar nama. So dia hang macam tu ja lah, kena pi Pejabat Tanah.

Kalau sekarang?
Sekarang pun sama, kat mana kita nak dig? kita tak tau siapa punya.

So diwakafkan lah?
Dia dah wakaf, tapi kat Pejabat Tanah takda wakaf. Pasal kita tak sempat tukar. Dia bila di wakaf dalam Islam, secara suci hati, dia wakaf, dia kena pi Pejabat Tanah untuk tukar. Orang dulu-dulu manada buat, cakap mulut ja. That’s why sekarang ni banyak cucu-cicit claim tanah ni. Pasal nama family da ada lagi. Orang cakap ni Islam, ugama, they don’t bother. They don’t think about ugama lah, they want money.

Kalau ikut dalam surat, nama pemilik dia siapa?
Saya tak pernah check pasal terlampau lama lah.

Boleh cerita sejarah tentang tempat tu?
Surau ni ya? Surau ni saya tak berapa perasan lah, pasal kampung ni, that’s why ada masjid, ada surau tau. Sana masjid, sini surau. That’s mean orang dulu-dulu ada “hal”. Kelompok sini dengan kelompok sana. That’s why kelompok kecik ni, dia tak nak join pada masjid. I sebenarnya duduk kat sebelah sana, that side, kat hotel tu (Emperor Hotel).

My house is betul-betul sebelah masjid. Emperor tu, parking dia mak I punya tanah, kita dah jual lah. So, I daripada kecil pun dah kat masjid lah. Tapi sebab masjid, mana surau dalam kawasan kita, dibawah tadbir kita. Masjid ini ada 4 surau di bawah pentadbiran dia; Surau Al Abideen, Surau kat Balai Polis, Surau Muslim League (Surau Persatuan India Muslim) lepas tu Surau Banda Kaba, kecil ja depan Talikom, then surau Bunga Raya. Nampak surau kat Bunga Raya yang tinggi minaret dia? Tu bawah jagaan kita.

Itu madrasah kan?
Tak dia masih surau.

Mamak kan yang kat situ?
Tak, orang niaga situ lah. Kerajaan negeri nak ambil tapi still under my name, Pemegang Amanah, saya dengan sentiusaha saya. Pejabat ugama uruskan. Pasal masa Datuk Ali [Ali Rustam/former Chief Minister] dulu tukarkan surau tu jadi surau pelancongan. Pasal situ kawasan pelancongan kan, orang shopping, mo sembahyang senang.

Kalau kubur kat belakang ni, under masjid juga?
Kubur sekarang under MAIM (Majlis Agama Islam Melaka), mana dalam kawasan kita, dia serah kat kita, dia suruh kita tadbir. Lembaga masjid kena tadbir. Kita ada 4 kubur, yang ni satu, the other side satu, kat masjid satu, dekat corner sana satu, kat jalan tu boleh keluar dari gereja. Yang besar sekali kat belakang ni lah pasal kubur ni dulu, yang kebumi bukan hanya orang kampung saja, orang kampung sana. Orang Banda Kaba, Jalan Panjang, orang Boyan Tengkera, orang Muslim League [India Muslim]

Mana yang foreigners mati kat hospital pun tanam kat sini. Indonesian, Singaporean ka.
Hospital minta tolong, kita kebumikan.

“Kalau orang tak betul, tidur kat masjid tu memang diganggu, dikacau.”

Surau AL-Abideen
Jalan Bukit Cina

Tu hari kita tengok kat kubur tu, dia ada satu kubur yang nisan dia ada tulisan Tamil, Cina, Jawi dalam satu tulisan tu. Boleh tau tak?
Kubur yang mana?

Yang kat belakang ni.
Yang mana? ada gambar?

Tanah perkuburan ni agak-agak dah berapa lama?
Surau ni baru lagi, Masjid dibangunkan pada tahun 1865. Dulu masa I pengerusi, I pun Buat 150 tahun hari jadi dia. [Showing the photo of the grave yard] yang ni kat bawah ya? Oh, ni orang lama ni. Ini dulu belah this side banyak mamak. Dorang daripada India, migrate kat sini. Ada yang tak sempat bawa balik, kebumikan kat sini.

Lepas tu ada 1 nisan dari kayu, Encik tau tak?
Dulu memang banyak kayu, kayu sekarang mahal. RM2,000, RM3,000 dorang tak buat.

Tau tak kubur siapa tu, design dia dari Melaka design ka atau dari luar negeri.
Kayu dia baik lagi ka dah buruk?

Dah reput, tapi dia ada banyak ukiran.
Memang dulu orang banyak pakai kayu.

Tak tau daripada mana?
Tak, pasal sini banyak orang kebumi. Kubur sebelah sana banyak orang kampung, sini banyak orang luar. Jadi kita pun tak tau. Dulu kita sub divided, Tengkera side ni, Banda Kaba side ni jadi kita tau. Lepas tu dah bertukar-tukar orang tukang kebumi yang gali kubur ni, dia main sumbat ja hahaha. Sekarang dah bercampur aduk, kita dah susah.

Maknanya dulu, orang-orang yang datang ke surau ni, orang kampung belah mana?
This side (showing the BSN building, in front of Jalan Munshi Abdullah), dulu sini kampung.

Dulu kat situ banyak Melayu yang tinggal lah?
Dalam kampung tu semua Melayu, dulu sini takda bangunan, ni hutan. Hotel pun takda, perumahan that side, depan ni semua kampung, Bank Negara (currently Bank Simpanan Negara), semua kampung. So setengah orang kampung sini pergi masjid, yang kampung belah sini dia ada conflict lah dengan orang masjid. Tu dorang bina surau, lagi satu yang tua-tua pun nak pergi masjid sembahyang leceh, jauh tu dorang pi surau dekat, campur orang Banda Kaba sikit, Jalan Panjang sikit.

Banda Kaba, dari mana dapat nama tu?
Banda Kaba, dia ada nama lah, apa ya saya lupa lah. Yang tau sejarah ni Imam Banda Kaba, dia duduk Banda Kaba. Ada dia cerita dengan saya, sejarah nama Banda Kaba.

Ada kena mengena dengan Ka’bah?
Eh takda, masa nama tu pun Bandar lah tapi dulu dorang eja Banda, takda “R” Kaba tu, I don’t know.

Kubur dan masjid dibina pada tahun yang samakah?
I Ingat masjid dulu, masjid ni kalau nak ikut sejarah. Kadang-kadang sejarah ni kalau nak trace susah, dah terlampau lama. Tahun 1865, Masjid Tengkera tahun 17 an, Masjid Kampung Hulu, Kampung Keling and Peringgit. Kalau ikut sejarah, Melaka dalam tahun lapan belas berapa lah, ada 2 years, Aceh controlled Melaka tau. Kalau buka buku sejarah, tapi kita tak ingat. Masjid ni didirikan oleh orang Aceh, pengasas dia orang Aceh.

Nama dia siapa?
Tak tau lah nama, sebab dalam sejarah takda, dalam buku sejarah takda. Tak tertulis, tapi daripada kajian-kajian kita sebagai pengerusi masjid, kadang-kadang ada ilmu dia orang dapat daripada mimpi, daripada tak sedar tau. Kalau orang tak betul, tidur kat masjid tu memang diganggu, dikacau. Ada dua kumpulan dalam masjid tu, Aceh dan Malbari campur dengan Melayu sini. Tapi pengasas masjid tu ialah Datuk Penghulu Hassan, dia yang bagi, ada orang yang saya lupa nama dia apa, dalam cart tu ada tulis dia yang bagi tanah tu untuk diwakafkan. Penghulu Hassan buat, dia ambil tanah daripada bukit, buat masjid. Dulu batu blok, besar-besar tau, tanah dia potong. Masa kita renovated masjid tu kita pecahkan, sebiji-sebiji batu dia.

Masih ada lagi kah batu tu?
Tak, dorang jadikan kat tempat kubur.

Orang-orang Melayu yang tinggal di kampung ni dulu, kemana dorang berpindah?
Berpecah-pecah, kerajaan ambil alih tanah ni, masa Rahim Tamby Chik ambil early 80’an, dorang dah pindah.

Belakang ni ada orang lagi lah?
Belakang ni mana ada, sini semua kubur, atas tu dah bukit, belakang ni memang kawasan perkuburan saja.

Terima Kasih Haji