Liow Meo Chong

Pemilik Kedai Sengsen

“saya punya bapak tau sikit pasal ubat Cina, kecik-kecik saya ada tengok bapak buat.”

Ubat Cina

Bertemu pada
22 Januari 2020

Siapa yang buka kedai ini? Uncle?
Ya.

Uncle dulu belajar Chinese Medicine daripada mana?
Saya kerja dengan orang lah, kat Singapore.

Belajar kat Singapore, dekat mana?
Dekat Eer Swee San, aiyo tak berapa ingat, umur 17 saya kerja sana.

Berapa lama kerja sana?
1.5 tahun saja, lepas tu saya balik.

Balik Melaka?
Balik Muar, saya punya bapak tau sikit pasal ubat Cina, kecik-kecik saya ada tengok bapak buat.

Bapak dulu belajar dari mana?
Tak tau tapi saya punya datuk datang daripada Cina.

Kebanyakan apa bangsa yang datang beli barang kesini?
Melayu, Cina, India semua ada lah, 3 bangsa lah. Kita ada jual runcit sikit lah.

Bila mula-mula buka kedai ni?
Dulu masa 1992.

Dulu sini lain lah?
Dulu depan ni semua kosong, dulu parking lot.

Boleh nampak temple kat belakang [temple dalam Kampung Bukit China] tu lah?
Ya, ini kedai kurang lebih ada 80-90 tahun. Saya pun tak pasti lah, saya bukan sini punya orang.

Ini tempat dah beli kan?
Saya baru beli dalam tahun 90’an.

Dulu murah, sekarang berjuta kan tempat ini?
Dekat juta lah.

Macam mana bisnis sekarang disini?
Biasa lah, sini pagi ada pasar [Pasar Bukit China].

Ada buat acupuncture juga kan kat sini?
Ya, saya punya anak ada buat.

Anak belajar darimana?
Kong Chaw, negeri Cina.

Berapa lama belajar disana?
5 tahun, dulu sekolah di Pay Fong, lepas tu belajar kat sana.

Nanti siapa yang akan lanjutkan kedai ini?
Anak saya lah.

Apa harapan uncle disini?
Anak sudah besar, kita jaga ini kedai saja lah.

Ada apa cerita ka disini dulu, cerita hantu ka?
Hahaha, tak ada lah. Sini mana ada hantu.

Pasar takda cerita hantu?
Kita mo tengok pun tak dapat tengok hantu, hahaha.

Barang-barang ubat ini dari Cina ka?
Sini, kita ada ejen hantar, ada salesman 1 bulan sekali hantar.

Ini barang semua tak rosak kan?
Tak tapi kita kena pandai jaga lah, ada yang simpan peti sejuk, jemur.

Terima Kasih Uncle