Warung Belakang Capitol offers the best teh tarik and nasi lemak in the area, masala and dhal vadey are also available here. The nasi lemak comes from 3 different areas of Melaka: on the right, Pengkalan Rama, in the middle, Kampung Lapan, on the left, Kampung Morten.
Every morning Apeks, Makciks and Pakciks come and have their breakfast here, they come on foot, by bicycle and on motorbikes. Municipal workers, TNB, Telekoms and even policemen are their regular patrons. Charcoal fragrant tea specially brewed using fire from mangrove wood charcoal adds unique flavour to the tea.
If you like ginger tea, they have freshly pounded ginger for teh halia.
Dengan seorang pekerja kedai Warong Belakang Capitol Mohd Arif Kabul, 52 017-258 9264
Temubual pada
22 Januari dan 12 Ogos 2020
Warong Belakang Capitol Belakang 124 Jalan Bunga Raya
Waktu perniagaan: 6 pagi - 6 petang (kecuali Jumaat)
Buka pada 1962. Saya kerja kat sini semenjak 1983, full time. Lokasi sekarang adalah tapak ketiga tempat beroperasi. Tapak pertama diperkarangan Capitol, kedua di lorong tepi Capitol, sekarang di belakang Capitol. Orang biasa panggil kami Warung Belakang Capitol. Kalau dulu tahun 80an kedai buka daripada pukul 5 pagi sampai pukul 12.45 tengah hari. Sekarang customer dah kurang, ekonomi pun kurang baik, jadi sekarang buka daripada pukul 6 pagi sampai 6 petang.
Ada dua versi tentang status founder, Encik Istiaq. Ada yang kata dia sekarang di India, sakit dan tidak dapat pulang ke Malaysia [menurut anak saudara yang menguruskan warung]. Ada yang kata dia sudah meninggal dunia dan diganti dengan Encik Majid yang sekarang di India, tidak dapat pulang ke Malaysia.
Yang special adalah teh halia, teh yang dimasak pakai arang. Daripada dulu sampai sekarang, air yang digunakan untuk membancuh teh dan kopi dipanaskan di dalam bekas, menggunakan arang sebagai pemanas, bukannya api gas seperti kedai yang lain. Kita tak pernah pakai gas. Suhu dan marak api dari arang kayu bakau amat stable dan ia memberikan rasa bau arang yang wangi maka teh kami lain dari yang lain. Halia yang diguna untuk teh halia pula adalah dari hirisan halia mentah yang kemudiannya ditumbuk. Kita tidak menggunakan serbuk halia. Tong air masak teh ini ialah tong yang mula-mula sekali di tempah daripada Singapore, dulu kat Malaysia tak ada.
Arang dibeli dari pembekal di Bukit Cina sebelah Banda Kaba. Pembekal membeli arang dari Linggi. Arang dibuat dari kayu bakau.
Kami ada ramai pelanggan tetap sejak berpuluh tahun. Mula-mula saya kerja sini dulu, harga teh tarik yang gelas kecil tu 30 sen, kalau gelas besar 40 sen. Sekarang kalau gelas kecil RM1.10, kalau gelas besar RM1.30. Dulu, masa ada panggung wayang Capitol itu, memang selalu ada orang gaduh kat sini, sekarang dah tak ada.