MELAKA GOLD | EMAS

Dari Kampung Jawa ke Jalan Kee Ann

Lee Kiong

Dengan pemilik
Kedai Emas Seng On Loong
Lee Kiong, 70

Temuduga pada
13 Januari 2020

Kedai Emas Seng On Loong
21 Jalan Kee Ann

Operating Hours:
Daily 9am - 8pm

Saya buat bisnes ini sudah ada lebih 50 tahun. Mula-mula kat dalam [Pasar Kampung Jawa], habis dalam sana sudah terbakar, pindah ujung sana [Ujung Jalan Kee Ann] habis tu pindah ke sini. Sudah tiga tempat lah. Sini pindah pun sudah ada dalam 30 tahun.

Dulu tak banyak kedai emas. Lepas tu bila dia orang tengok sini boleh berniaga, ramai pindah datang sini. Dulu lagi banyak niaga, bagus, sekarang barang sudah mahal, orang pun tak berani beli. Orang mahu order buat cincin pun sudah banyak mahal. Dulu kalau 1 cincin ikat batu punya RM1,000 saja. Sekarang satu cincin sekurang-kurang RM4,000 -RM5,000, yang ikat batu punya, 916 punya emas.

Sekarang susah lah, kedai emas ada banyak, harga pun tinggi, orang kurang beli.

Chinese New Year orang ada beli emas tak?
Kurang, orang Melayu beli ada lebih. Chinese punya orang kurang beli.

Kalau mahu kahwin dia mesti beli kan?
Dia pun tak datang sini punya lah, dia semua pergi supermarket. Lagi mahal tapi orang Cina mahu dia punya design. Macam itu Poh Kong semua ada factory yang buat sendiri punya, dia pergi sana mahu cari dia punya pattern.