Dulu berapa harga 1 keping apam?
80 sen, sekarang RM3 sekeping.
Susah tak buat niaga ini?
Macam biasa lah. Daripada bekerja, baik berniaga!
Apa-apa kah bahan-bahan membuat apam?
Itu saya tidak tahu, anak yang buat.
Nanti Pakcik dah pencen, siapa yang nak sambung?
Anak-anak tahu, cucu pun tahu. Cucu masuk universiti, dia perempuan tapi pandai buat apam, baru saja dia kerja. Sekarang cari kerja susah, niaga bila-bila pun boleh. Baik bekerja sendiri. Cucu pun pandai buat apam. 2 orang cucu perempuan pandai buat apam. Cucu lelaki tak mau buat, Sekarang seorang dah duduk di Johor.
Pakcik tinggal di Banda Kaba?
Ya, Banda Kaba, dulu di Ujong Pasir lepas pindah Banda Kaba. Di Ujung Pasir susah mahu datang ke sini, selepas tu dapat rumah di Banda Kaba.
Apa perbezaan dulu sama sekarang?
Dulu bukan main ramai di sini, kau tanya lah orang, dulu Kampung Jawa ternama. Dulu belakang ni ada orang niaga, sekarang dah tak ada lagi, gerai pun sudah tutup.