There are Nasi Lemak Capitol and Satay Celup Capitol, there is Wan Tan Mee Oriental and along the Melaka riverbank we have Federal Yong Tau Foo. All famous, all with names from cinemas near which they once operated. Along Kee Ann Road, there is Rojak Cendol Lido, 70 years and going strong, run by the same family since the glory days of Lido cinema. The cinema is long gone; the once teeming site is today a parking lot. But through word of mouth across generations, customers, their friends and their grandchildren continue to enjoy the mee rebus and mee kahwin (an inspired pairing of mee rebus and rojak), and of course the cendol and rojak which made Rojak Cendol Lido famous.
Abdul Rahman Abdullah, 42
Ahmad Abdullah, 31
Bersama pemilik-pemilik
Rojak Cendol Lido
Abdul Rahman Abdullah, 42
Ahmad Abdullah, 31
Perbualan pada
14 Januari 2020
Warung Rojak Cendol Lido Gerai No 14, Jalan Kee Ann 010-827 9223
Waktu perniagaan: 10.00 pagi - 5.00 petang (keculi Khamis dan Jumaat)
Semenjak bila kedai ini dibuka?
Ahmad: Dalam 70 tahun, dari tahun 1950 sebelum dapat Merdeka macam gitu. Belum dapat lagu Merdeka dah buka kedai. Sebelum Merdeka, Atok saya dah bermula jual cendol di Stadium Kubu. Tapak gerai dulu memang dekat sini.
Dulu bermulanya meniaga dalam pasar borong. Selepas pasar borong pindah, kita buka di tepi jalan. Masa itu pakai payung sendiri dan buka kedai.
Dah generasi yang ke berapa perniagaan ini?
Abdul Rahman: Sudah generasi yang ke 3.
Tempat awak apa yang famous?
Ahmad: Cendol, rojak dan mee rojak. Resepi rojak itu kacang goreng dan kuah manis, memang sedap. Dalam Melaka mana-mana tak boleh dapat. Resepi semua dapat daripada Atok.
Pelanggan-pelanggan dari mana?
Abdul Rahman: Paling ramai orang tempatan lah. Yang sekarang datang dia ikut keturunan. Macam semasa mereka kecil datang ke sini, dah besar datang juga. Dari Atok dulu keturunan mereka akan recommend sedara-sedara dan kawan-kawan mereka ke sini. Macam regular.
Tempat ini awak sewa dengan siapa?
Abdul Rahman: Dari MBMB. Semua gerai berderet MBMB kasi lesen. Bulan-bulan bayar lesen. Dulu sini semua takde bumbung. Kita pakai kereta tolak dengan payung sahaja. Sekarang MBMB letak bumbung ini dari sini sampai kat hujung gerai buah-buahan. Dulu ini belakang itu pawagam Lido. Lepas itu dia pindah. Dan bangunan itu dibuka sebagai shopping centre. Selepas itu shopping centre ini terbakar. Dekat 10 tahun lebih dah.
Apakah awak harap untuk masa hadapan kedai ini?
Ahmad: Harap tidak kena pindah tempat lain atau kena halau. Dekat sini sudah 70-80 tahun bisnes. Semua orang tahu, Melayu, Cina, India semua tahu.