Tan Kar Leng

Tukang Jahit

“Dului ada rumah batu. Bila banjir datang, semua orang lari ke rumah batu itu. Masa banjir semua lari ke Bukit Cina dan tinggal sana bila banjir.”

Tan Kar Leng

Temuduga dengan Seorang Tukan Jahit

Dulu banjir sampai kat lutut. Kedai di depan itu belum dibina lagi. Dulu sini semua rumah papan.
Kedai depan belum dibina lagi lah?
Belum. Bangunan depan belum lagi ada. Masa kecik-kecik adik beradik semua kat sini.
Ada sampan semasa banjir tak?
Mana ada. Dului ada rumah batu. Bila banjir datang, semua orang lari ke rumah batu itu. Masa banjir semua lari ke Bukit Cina dan tinggal sana bila banjir.
Habis kedai semua tutup dan pergi ke Bukit Cina lah?
Ya.
Dulu sini kedai jual apa?
Dulu bapak saya jual pisang, nenas. Buah-buahan lah.
Kedai tu kat mana?
Sini mah. Dulu sini kedai. Sekarang aunty tinggal sini. Adik-beradik saya semua pindah ke KL.
Masa banjir kedai bapak aunty semua tutup lah.
Semua takde niaga mah. Air penuh mah. Itu jam takut eh. Itu jam saya masih kecil eh.
Berapa hari banjir aunty?
Gua rasa 1 minggu.
Aunty masa banjir tinggal rumah orang?
Bukit Cina.
Banjir habis, balik rumah lah.
Ya lor, balik rumah dan kemas semua dalam rumah. Dalam rumah itu tanah merah banyak.
Itu masa aunty umur berapa?
Dalam belasan umur. Itu masa dalam 1971 sebab aunty ingat lagi 1969 itu curfew.
Sini selalu banjir kah aunty?
Selalu banyak banjir disini.
Hujan jer banjir?
Sudah 2 tahun tidak ada banjir. Sebelum itu selalu banjir. Sini tempat rendah. Lepas hujan air masuk. Semua air masuk rumah.

Terima Kasih Auntie