Dalam tahun 1981 pekerjaan saya di pawagam Capitol adalah menjual tiket. Waktu tayangan biasanya pukul 2.30 atau 3.00 petang. Dan malam pukul 8.30 dan 11.00 malam. Kalau full house 400 atas bawah pawagam. Selalunya hujung minggu full house, seronok! Selalunya cerita di tayangkan adalah cerita Hindustan. Bobby, Sangam, kalau cerita Melayu sebagainya Air di Bawah Sebuah Impian.
Chin Nam Hotel, Jalan Bunga Raya
Saya ada pernah pergi sana tapi tidak pernah pakai dia orang. Sebelum tu saya ada kereta. Saya tinggal kat Jasin. Dan budak-budak kampung bertanya dengan saya jika saya boleh ajak dia orang ke tempat ayam. Tapi saya tidak pernah pakai ‘ayam’ itu.
Orang di situ ada yang dari Thailand, Vietnam, Filipina. Orang Melayu kita pun ada. Kadang-kadang dekat daerah Bukit Cina di daerah shop lot, ada juga yang bekerja disana. Pakcik tanya pada dia orang, apa pasal kerja macam gini?. Satu hari berapa boleh dapat? Dia orang cakap dalam 100 ringgit lebih boleh buat. Satu orang dia charge 30 ringgit.
Kalau cakap Kampung Jawa memang hot, semua orang tahu. Kampung Jawa tapi tak ada orang Jawa tinggal kat situ. Hanya orang Cina dan Melayu tinggal di situ. Kadang-kadang orang berumur 60-70 tahun pun datang ke tempat ‘ayam’. Saya ada ke sana, tapi songkok taruh dalam poket, haha. Kadang-kadang berderet-deret tunggu kat luar. Mereka pun ada panggil-panggil, “Abang, abang, main bang”.
Askar, Pak Lebai, ajinomoto [Haji naik motor], semua datang sebagai pelanggan. Masa itu semua bebas, boleh buat apa-apa sahaja. Tak ada orang kacau. Sekarang lain ler. Dulu kan murah, macam kedai kopi harga air kopi hanya 20 sen. Roti canai 20 sen.