Sudah berapa lama kedai ini dibuka?
Magdeleine: Sudah lama, sebelum ini di lorong yang kecil di daerah sini. Kedai ini anggaran dalam 35 tahun. Kalau kita campurkan sudah 50 tahun, [sebab] kedai lama dalam 15 tahun.
Kedai ini dari ibu bapa saya. Jadi saya adalah generasi kedua.
Ada berapa jenis emas dijual di kedai ini?
916 emas kebanyakan. Emas 835 dan emas 10 itu, 4 kali 9 [999.9] lah, 999.9 kita panggil emas 10. Emas 750 kita pun ada tapi itu kita buat barang-barang batu mutiara. Bahan itu tahan lasak, tidak lembut.
Macam suasa lah.
Ya, macam suasa.
Suasa dan emas putih ada dijual di kedai ini?
Ada. Emas putih very trendy dengan anak-anak muda. Sebabnya kurang mahal dari emas kuning. Dan mereka rasa selamat dari ragut atau rompakan. Jualan kita hebat untuk emas putih ini.
Maknanya kedai you banyak generasi yang baru dan muda jadi customers.
Dan kita jual dengan harga berpatutan.
Supplier barang-barang kedai sini dari mana?
Kellan: Dari Penang, KL dan campur-campur lah.
Ada design Peranakan tak?
Selalunya mereka suka dengan intan. Yang ada di kedai ini kita simpan dari dulu sampai sekarang. Ada customers yang cari intan sebegini kita akan jual.
Ada kah orang lama-lama yang nak jual barang kemas dia orang?
Ada. Sebab kita sudah berniaga lama, so kita ada customer yang dari dulu-dulu. Intan ini nenek saya yang buat. Dia masukkan batunya dan buat sendiri. Customer kita yang lama, jikalau mereka mahu jual barang kemas mereka akan datang ke kedai kami.
Dan you beli balik lah?
Ya, kita beli balik dari mereka.
Barangan intan selalu orang dari mana beli?
Selalunya dari Singapura dan walk-in customers.
Macam mana harga barang intan dikira?
Dia tidak tengok kepada beratnya tapi kepada ketukangan intan itu. Selalunya intan diikat dengan emas 9. Emas 9 itu lebih sikit tinggi dari suasa. Warna suasa lebih sikit merah tapi emas 9 dia ada campur emas kuning lebih sikit.