MELAKA GOLD | EMAS

Emas 916

Lai Nai Kwee

Dengan pemilik
Kedai Emas Kim Sin Long
Lai Nai Kwee, 51

Temuduga pada
25 Februari 2020

Kedai Emas Kim Sin Long
22 Jalan Kee Ann
06-281 7213

Dulu, mula tahun 1995 saya berniaga di tepi sungai, dekat dengan kedai mamak jual mee goreng di Jalan Kee Ann. Dulu kedai tu roboh, pindah sini, tahun 2007. Kedai ni sewa.

Barang-barang emas ini dapat dari mana?
Dari kilang. Dari Penang dan KL.

Sini biasanya customer kebanyakan orang apa?
Orang Melayu banyak.

Sebab apa?
Mereka suka emas mah.

Dulu sebelum buka kedai emas ini, kedai apakah disini?
Tak tahu, sebelum pindah sini kedai kosong.

Boleh cerita apa jenis emas kamu jual?
Emas 916. Kebanyakan orang minat emas 916. Emas 999 kurang. Ada sikit suasa dan emas putih.

Yang banyak orang minat beli gelang emas ke atau cincin ke?
Semua campur-campur. Biasanya emas gelang dan cincin orang beli lebih lah.

Kamu ada jual Peranakan punya design?
Itu tak ada.

Keadaan jualan semasa dulu dan sekarang macam mana?
Sekarang harga emas naik sikit. Berapa minggu ini harga emas naik.

Kenapa?
Politik punya pasal lah.

Mr Lai

Terima Kasih