Dengan pemilik
Kedai Emas Soon On
Kristine Hoh, 62
Perbualan pada
25 Februari, 2020
Kedai Emas Soon On 35 Jalan Kee Ann 06-282 0573
Waktu Perniagaan: Isnin - Sabtu 10.30am - 5pm Ahad 11am - 3pm
“Orang Melaka lebih friendly. And maybe di sini kita keluarga punya bisnes, untung pun kurang” punya”
Sudah berapa lama kedai ini dibuka?
Sudah lebih 50 tahun.
Jadi kamu adalah generasi kedua?
Ya.
Dulu-dulu bapa kamu buka kedai disini?
Dalam sikit, di tepi sungai.
Emas yang dijual di kedai ini dibekalkan dari kilang?
Ada kilang.
Orang tukang buat emas masih ada lagi?
Ada tapi sekarang banyak kurang. Semua pun sudah tua.
Habis kedai ini ada orang tukang emas?
Ada, adik saya masih buat lagi.
Dia tahu pasang dan tukang batu?
Tak, dia hanya tahu patri sahaja.
Kamu dilahir di tempat sini?
Bukan ditempat sini tapi di Melaka. Kedai ini kita sewa sahaja.
Ada memori tak pasal customers di kedai ini?
Ada customer yang very loyal. Sampai sekarang mereka cari kita lagi. Regular customer, walaupun mereka tinggal di KL tetap mereka datang ke sini lagi.
Apa yang special membuat mereka datang ke sini dari Kuala Lumpur?
Orang Melaka lebih friendly. And maybe di sini kita keluarga punya bisnes, untung pun kurang. Macam ada sikit-sikit untung kita kasi jadi. Kalau beli dekat KL, memang harga pasaran lah.
Kamu punya customers kebanyakan orang apa?
Kebanyakan orang Melayu lah.
Kalau untuk saving, apa barang emas yang dia orang beli?
You beli apa gold pun boleh buat saving.
Emas ada pernah turun harga tak?
Kadang-kadang ada turun juga tapi setiap tahun dia naik juga. Turun dan naik balik.
Jadi emas investment bagus lah?
Kalau dulu beli, sekarang banyak untung leh. Boleh buat untung 3-5 kali ganda.
Katakan kita jual emas, dia timbang dan kira berapa harganya?
Kira dia punya berat dan harga semasa. Dan tolak dia punya percentage sahaja.
Kalau orang itu tidak ada surat?
Tidak boleh, semua kena surat sekarang.
Tapi masa dulu-dulu punya emas mana ada surat?
Kalau begitu tukar kena ambil barang, tak boleh ambil cash.
So, berapa berat dia dapat seberapa berat barang dia masuk kan lah?
Bukan-bukan, tengok dia punya berat lepas itu kita tengok dia punya harga. Nanti you tengok barang baru dan tolak dia punya upahan.
Macam dulu saya dengar intan yang lama-lama kalau nak jual mesti ada surat?
Tapi intan sekarang pun takde orang mahu beli atau jual intan lagi. Itu old-fashioned.
Habis itu nyonya semua mesti ada banyak intan lagi.
Itu semua mesti dari nenek moyang mereka, mereka masih simpan lagi.
Intan datang dari mana?
Dari berlian punya kulit kan, dia kupaskan. Dan kualitinya kurang sikit lah.
Macam batu, itu permata juga?
Itu zirkonia, you mahu differentiate between precious and semi-precious stone, and man-made stone. Itu zirkona bukan batu betul. Ini man made punya. Macam kristal.
Masa depan, will your kids continue on with this shop?
Hopefully they will continue lah. Kalau dia belajar tinggi maybe tidak continue.