Khoo Chua Thong

Pemilik Kedai Emas Lin Hui Sheng 916

“Actually dulu sini kedai jual besi dan aluminium. Tapi sudah jadi tukar kedai emas.”

Khoo Chua Thong​

Temuduga dengan Generasi Ketiga Tukang Emas

Hi Mr. Khoo boleh bagi tau sudah berapa lama kedai ini dibuka?
Sudah 3rd generation since my grandfather time.
Macam mana grandfather masuk dalam bisness ini?
Itu pun saya tak pasti. When dia hidup saya pun tidak pernah tanya dia. Sebab saya sudah dilahirkan disini, sudah jual emas.
Datuk you buka kedai emas sama di tempat ini lah?
Yes. Actually dulu sini kedai jual besi dan aluminium. Tapi sudah jadi tukar kedai emas.
Kenapa you minat kerja ini?
Itu senang cerita sahaja. Sekolah tak tinggi. Nasib baik ada ini kedai kita sambung sahajalah.
You sambung ini kedai sudah berapa lama?
Saya sini sudah 20 tahun.
You dilahirkan di kedai ini?
Ya. Ini kedai dan rumah juga.
Boleh tak you ingat masa dulu-dulu kedai ini, semasa you kecil sampai sekarang?
Dari kecil sampai sekarang, saya cakap banyak berubah. Sini dulu sibuk nak cari carpark pun susah. Tapi sekarang ada carpark besar sikit di buka di lorong Kampung Jawa sana. Itu pun buat affect kita punya customers.
Kebanyakan pelanggan you dari pada orang mana?
Melayu yang paling banyak. Tapi sekarang sudah tukar, banyak orang asing yang beli. Orang Bangladesh. Bangla punya orang kan suka beli emas. Sekarang untung makin kurang dan tipis. Kalau sekarang you cakap mahu buka kedai emas macam kat kedai depan saya. For sure condemned case. Sebab kan interest charge semua kecuali you ada modal besar baru boleh tahan. Tapi ini bisnes sekarang tidak boleh lagi. Banyak down the bisnes. Politik problem, Corona problem semua sekali datang. Sekarang you tengok itu gold hiking terlalu tinggi sekarang. Menjadikan semua orang tidak boleh support. Dalam Malaysia ini ada satu barang yang paling stabil. Tak naik tak turun, itu adalah gaji kita.
Tapi emas naik.
Bukan emas sahaja, semua barang naik. Dulu roti canai baru berapa sen sahaja. Sekarang RM1.50 sekurang-kurangnya. Jadikan kita punya duit sudah kecik. Barang sudah besar. Gaji masih sama. Confirm tak boleh survive. Gaji mangkin kurang bukan 1 perkara lah. Dulu cakap kan kalau gaji RM1500 macam manager. Sekarang RM1500 macam Bangla punya gaji. Tak boleh cakap apa. You memang tidak boleh survive.
Apa plan awak untuk masa hadapan dengan keadaan sebegini?
Plan untuk masa hadapan, lagi berapa tahun bersara. Macam sekarang you tengok buka kedai dan tunggu sampai tutup kedai. Macam bersara punya hidup lor.
You masih muda lagi.
Macam negara kita, ada politiknya. Emas pun ada politiknya. You tengok berapa banyak kedai emas ada disini. Jadi the prices confirm koyak. Income pun tidak cukup punya. Kalau tak untung kena buat jualan macam kat Tesco.

“Ini famili bisnes. Hanya 1 kedai ini. Dan saudara-saudara ada 3-4 kedai emas di daerah sini. Tapi cakap terang sini, bisness ini tidak tengok persaudaran. Bisness is bisness.”

Perbualan pada
Februari 25, 2020

Di daerah sini berapa banyak kedai emas?
Dalam 40 kedai emas.
Tahu tak kenapa banyaknya kedai emas ditempat yang kecil?
Saya pun tak tahu leh. Ini macam angin. Itu macam kita Cina cakap, ikut angin. You cuba tengok kalau orang buka cafe, dan akan tengok berapa cafe akan dibuka juga disana. Apa-apa pun selonggok-selonggok. Yang early bird semua boleh dapat cari duit. Yang ikut angin terlambat habislah. Takda chance. Tengok sana menangis sahaja. Kalau beli franchise itu berapa ratus ribu, bila mahu cover balik. Jadi kita punya kedai emas macam tu juga. Dulu depan sini pun juga kedai emas. Dia sudah bersara 15 tahun. Itu jam 1 gram baru RM70.  Sekarang punya harga 1gram RM212 -RM215. Kita tidak jual branded punya emas. Kita punya kedai sini macam main tikam-tikam. The whole year takde rest or tutup.
Ini famili bisnes ke?
Ini famili bisnes. Hanya 1 kedai ini. Dan saudara-saudara ada 3-4 kedai emas di daerah sini. Tapi cakap terang sini, bisness ini tidak tengok persaudaran. Bisness is bisness.
Kalau customer Melayu dia orang beli banyak rantai ke cincin, mana satu mereka minat?
Actually semua mereka minat mah. Mereka pun suka invest dalam emas. Tapi dalam invest emas, mereka ada buat kesilapan. Misal cakap dulu you beli RM215 dan lagi 2-3 minggu dia sudah naik RM218, you jangan ingat you sudah untung 2-3 ringgit. Sebab you kena bayar upah lagi. Jadi itu semua percent sudah dipotong. You confirm rugi punya. Kecuali RM215, dia naik sampai RM300 baru you buat duit.
Tapi emas tidak turun dalam harganya kan?
Kebanyakan orang jual emas macam kita, kita tengok harga Dollar tak tengok Ringgit. Dan tengok politik. Pasal 1 handphone [Huawei]1 dunia boleh gaduh. Jikalau you tanya saya boleh survive saya cakap tidak boleh. Setiap bulan kena keluarkan duit sendiri untuk survive buka kedai ini. Sampai tak boleh rolling lagi, terus tutup kedai lah.
Kalau tutup kedai apa yang you mahu buat?
I pun tak tahu. Beli Properties?? Tengok macam di daerah sini, shoplot banyak sudah orang dari negeri asing beli. Semua kosong dia orang beli hanya untuk buat investment. Saya cakap orang Malaysian kebanyakan malas. Kais pagi makan pagi, tak kais tak makan lah. Kebanyakan perkara begitu sudah keluar. Tapi sekarang remaja-remaja banyak dimanja dulu.
Kedai emas kena cukai berapa kali setahun dan berapa banyak di cukai kan?
Sekali, cukai itu terpulang kepada sales lah. Macam tahun ini sampai tahun 2021 saya boleh tengok itu berapa cukai kena. Mungkin tidak payah bayar cukai. Sebab terlalu banyak commitment dan 2nd takde sales, kalau sales untungnya banyak tipis. Kalau kita jual barang kita fikir untuk makan hari ini. Makan biasa sahaja eh, bukan makan restaurant, ada aircon punya tidak boleh. Sekarang kalau nak survive mesti ada generations punya kedai. Jikalau you tanya kedai-kedai disini semua ada generation yang kedua. Dia tidak ada cakap dia baru buka kedai. Semua dari bergeneration. Jadi banyak makcik2 yang datang selalu sini. Fikir mahu beli emas datang ke Kg Jawa atau Bunga Raya. Ini area sahaja.
Sebab emas sini lebih murah ke yang mereka datang kesini?
Murah dari Poh Kong, poh Kong ikut market price, kita punya barang below market price. Tapi sebenarnya mutu barangan semua sama. Saya nak tipu, mana-mana pun boleh tipu.
Kenapa emas-emas kat display semua berkilat-kilat?
Sebab sudah lama didalam display tu. Kalau you tahu jaga, kekilatan dia akan lama.
Macam mana kasi kilat?
Macam you mandi lor. Bersih-bersih dengan sabun, buat bubble lepas itu biarkan sekejap confirm emas you akan kilat punya. Kalau bubble itu you tidak jaga betul-betul, lama kelamaan dia punya kekilatanya akan pudar.
Kedai tak ada special barang untuk cucikan emas?
Ada kita ada itu special soap. Itu super punya sabun. Itupun kalau barang you sudah pudar. Kalau sudah pudar kena hantar ke factory, kita tidak boleh buat apa-apa. Sebab alat kita tidak cukup cangih. Sekarang barang-barang you tengok semua ekonomi style, nampak besar macam langsi sahaja. Langsi saya rasa dalam masa 2-3 bulan barang itu habis. Nampak you tengok macam banyak kasar tapi bila you pegang ringan macam keropok.
Tapi customer suka macam begitu kan.
Sebab consumer punya rasa senang sahaja saya beli barang beribu-ribu tapi tidak nampak itu barang tak shiok lah. Jadikan barang-barang sekarang semua keluar ekonomi style. Dulu kalau ikut harga dulu barang macam ini [menunjukan sebuah rantai] harganya dulu punya kualiti sekurang-kurangnya RM30,000 ke atas. Ini baru berapa 15 gram, RM5,000 ke bawah sahaja. 6 kali ganda beratnya atau 6 kali ganda kebesaran! Mana satu kamu pilih. Kosong punya barang dengan padat punya barang tidak boleh dibandingkan.

Thank You Mr. Khoo