Ini kedai sudah 100 tahun. Ini tahun 2020 kedai ini sudah 100 tahun.
Mula-mula siapa yang buka kedai ini?
Datuk saya nama dia Ramasamy Chettiar.
Barang-barang apakah kamu jual di kedai ini?
Barang-barang sembayang seperti agarbathi [incensed] minyak, bunga, air mawar.
Barang-barang itu semua dapat dari mana?
Ada banyak supplier dari Kl, India, JB dan Melaka pun ada.
Itu direct dari mereka?
Bukan, dari ejen.
Bunga-bunga dapat dari mana?
Dari Cameron Highlands, Indonesia dan Thailand.
Ada tak semasa perayaan ramai orang, dan you tidak dapat bunga-bunga yang diimport?
Ada pernah. Contohnya, ini bulan Thaipusam susah mahu dapat bunga. Kena cari bunga lah, sampai ke Cameron Highland.
Boleh kasi tahu apa jenis-jenis bunga yang dijual di kedai ini?
Bunga melor, orkid, kesidang, cempaka, ros dan macam-macam bunga lagi.
Bunga apa yang paling banyak orang minat?
Bunga melor.
Sudah berapa lamakah, bapa awak ambil kedai ini?
Sudah 28 tahun.
Lepas ini awak ambil kedai ini?
Ya, saya.
Mahal sewa kedai ini?
Sekarang mahal, RM2,000. Dulu semasa emak saya sewa baru RM550.
Berapa banyak kedai bunga di Melaka?
Di Jalan Bendahara ada 4 kedai jual bunga. Tempat jauh-jauh saya rasa dalam 25 kedai yang jual bunga.