TRADING | BERNIAGA

Pendandan Rambut

Goh Keng Hua

Bersama pemilik
sebuah kedai pendandan rambut
Goh Keng Hua, 55

Perbualan pada
22 Januari 2020

kedai pendandan rambut
42-F Jalan Bunga Raya

Sudah berapa lama auntie buka kedai ini?
Saya sini sudah 35 tahun, kerja selama 40 tahun.

Dulu mula-mula kedai ni siapa yang punya?
Saya sewa, ini bukan kedai saya. Dulu lain orang yang bikin, kedai rambut juga. Dulu-dulu siapa sewa saya pun tak tahulah, saya sini 35 tahun sama kerja dah 40 tahun.

Agak-agak kedai ni dah berapa tahun?
Ini kedai sini dah 80 tahun lebih, saya rasa 100 tahun pun ada, dah lama.

Siapa-siapa saja auntie punya customer?
Saya punya customer orang tua-tua lah, muda-muda mana mahu masuk sini. Tapi saya punya customer baik punya, jauh-jauh pun datang cari saya, Australia pun ada. 

Dulu mula-mula berapa auntie charge untuk gunting rambut?
Wah, lu mahu tahu harga ka? Dulu murah lah, enam ringgit, tujuh ringgit.

Lepas tu nanti, siapa yang sambung auntie punya niaga?
Saya pun belum tahu lagi, saya punya anak tak minat ini lah.

Sekarang kat depan tu dia buka cafe baru kan, apa auntie rasa?
Customer kurang lah. Dia tutup, buat pintu macam tu, kadang-kadang customer lama saya datang sini, dia tak tahu. Orang ingat saya sudah tutup kedai. Jadi orang sudah kurang lah..

Bagaimana aunty mula masuk dalam bidang gunting rambut?
Dari dulu kerja-kerja sambilan belajar dengan kawan kerja, dalam 30 tahun dulu.

Apa beza teknik dulu dari sekarang?
Dulu-dulu untuk keritingkan rambut pakai itu klip dan gulungkan rambut. Sekarang orang muda-muda tidak mahu pakai cara begitu. Dulu punya orang suka keritingkan rambut. Sekarang orang suka luruskan rambut.

Ada apa-apa cerita yang aneh terjadi di kedai ini?
Ada, berapa customer saya yang pernah datang dua tiga kali, dia cakap mahu keluarkan duit dari ATM mesin kerana tidak ada cukup wang. Tetapi mereka tidak datang balik untuk bayar duit gunting rambut.

Customers itu angka umur berapa aunty?
Dalam 50-60 tahun. Bila jumpa dia orang di luar saya tanya, tetapi dia orang cakap tidak tahu.

Aunty punya customer banyak dari orang Cina kan?
Ya.

Aunty orang Melaka mana?
Melaka Baru

Photo Gallery

Melaka Downtown Exhibition

UNESCO