Toh Quek San

Pemilik Kedai Kasut Bata

“Start business in 1949. Itu bapak punya time. Dulu buat kasut. Sekarang kita jadi sebagai ejen.”

Toh Quek San

Temuduga dengan Pemilik Kedai Kasut Generasi ke dua

Selamat pagi Mr. Toh, boleh tanya kedai ini sudah berapa lama?
Start business in 1949. Itu bapak punya time. Dulu buat kasut. Sekarang kita jadi sebagai ejen.
Dulu semasa buat kasut ada berapa pekerja dikedai ini?
Dalam 10 orang.
Semua orang tempatan pekerjanya?
Semua orang sini. Maknanya orang Malaysia lah.
Semenjak bila kedai ini berubah sebagai ejen?
Pada tahun 1970’s. Semasa kita buat kasut itu masa.
Barang-barang untuk membuat kasut dapat dari mana?
Dari Kuala Lumpur, nak tanya apa order, lepas tu father terus order. Lepas itu dia orang send direct to Melaka.
Semasa dulu ramai askar yang jadi pelanggan lah?
Dulu banyak British Army dekat Terendak Camp.
Kenapa tukar ke ejen, Uncle?
Sebab semua askar sudah balik ke negeri dia orang.
Sekarang sebagai ejen dari mana uncle dapat barang-barang ini semua?
Semua order dari KL.
Bukan kat Melaka?
Tak, order dari KL.
Apa-apa brand yang uncle order untuk kedai ini?
Macam Bata dan lain-lain lagi.
Apa brand yang paling mahal di kedai ini?
Semua lebih kurang RM100 ke bawah.
Macam mana bisness sekarang?
Bisness sekarang sudah slow sikit.
Uncle punya customer selalunya apa punya bangsa?
Melayu, Cina semua orang ada.
Yang paling banyak orang apa?
Orang Melayu.
Macam mana mahu jaga kasut kulit untuk tahan lama?
Kulit, kulit betul sekarang tidak dapat lagi. Kalau mahu beli kulit betul bukan mangkin mahal sekarang. Harganya lebih kurang RM200 lebih, sekarang dia orang campur dengan pvc, harga pun lebih murah.

“Dulu punya kasut lama dalam 5-10 tahun boleh tahan. Sekarang punya kasut boleh tahan 2-3 tahun.”

Perbualan pada
24 Febriaru, 2020

Kasut-kasut sekarang boleh tahan berapa lama?
Dulu punya kasut lama dalam 5-10 tahun boleh tahan. Sekarang punya kasut boleh tahan 2-3 tahun. Kalau tidak jual dia sendiri terkopek. Kasut tidak boleh ditinggalkan lama-lama.
Apa yang brand bagus di kedai ini?
Bata, Warrior dan macam-macam brand lah sekarang.
Kebanyakan kasut-kasut di buat di China kah uncle?
Sekarang semua dibuat dari China.
Boots masih ada orang pakai sekarang?
Dulu, sekarang tidak. Di dalam masa 70an. Sekarang punya tren dia orang pakai Sneakers. Itu macam casual wear style. Sekarang orang muda pakai sneakers. Simple sahaja.
Uncle dulu memang tinggal disini?
Ya, dari dulu sampai sekarang.
Uncle boleh cerita pasal Bunga Raya semasa dahulu?
Dulu kat sini bagus. Dulu kita buka kedai di sini masa tahun 60an, kedai sudah dibuka jam 8.30 pagi dulu. Sekarang buka kedai jam 10 pagi.
Kenapa, bisnes slow sekarang?
Sebab sekarang sudah banyak shopping.
Apa kah inspirasi uncle untuk masa hadapan pasal kedai kasut ini?
Saya ada 2 anak perempuan, tidak kemungkinan saya akan berterusan dengan kedai ini.

Terima Kasih Uncle