Bersame pemilik kedau runcit Patmavathy Krishnan, 47
Perbualan pada
22 Januari 2020
7 Jalan Bunga Raya
Waktu perniagaan: 7.00am - 1.00am
Kedai ini sudah 30 tahun. Actually my husband and bapa dia start bisnes ni lah. Bapa mertua tinggal di belakang ini, rumah Sembilan Tingkat tu [Bendahara Flats], kita masih tinggal kat situ juga. Bapa mertua saya berasal dari Chennai, India.
Kita ambil alih pun sudah 20 tahun. Kedai ni dahulu dekat sana, hotel tu [Taj Grand Hotel]. Tapi dulu kedai ini kecil lah. Di sini, kedai ini saya punya.
Dulu bapa mertua punya time kita sewa dengan Cina. Bila Cina tu mahu jual, saya beli lah sampai the corner there, the liquor store, run by an Indian guy. The hotel kita sewakan kat orang lah, yes, the hotel my property juga. All my properties. Kita beli berapa susah, Tuhan saja yang tahu. Sampai kita gadaikan kita punya emas semua. Itu lah cerita yang betul. 7 lots altogether, but all small-small lot lah, this is considered 2 lots. This one under one grant, bukan pecah-pecah.
Tempat ini dulu huru-hara, memang meriah. Sekarang dah agak kosong, tengok lah sekarang, bisnes dah slow down. Memang cukup slow..
Sebab sini tempat tourist, so kita more focus on tidbits, cigarettes, drinks, cigars. Tourist ada, orang tempatan pun ada. Kita dah 30 tahun niaga kat sini, customer datang, berhenti, kita dah tahu apa yang dia nak, memang dah tahu.
Kadang-kadang customer saya, tourist yang pernah datang, dalam dua tiga tahun dia datang balik dan tengok saya masih ada lagi kat sini, bila dia orang kata masih boleh ingat saya lagi, itu saya rasa macam happy! Dapat tengok saya punya customer!
Masa depan, saya harap kalau boleh nak sewakan tempat ini juga. I nak duduk dan rest.