Ratna binti Rabain

Peniaga Kain di Kg Jawa

“Dalam kedai ni dah 21 tahun, meniaga dah semenjak tahun 80an lagi. Semenjak muda dah sampai ke tua dah.”

Ratna binti Rabain

Temubual dengan Peniaga Kain di Pasar Lambak Kg Jawa

Selamat tengah hari kak, boleh memperkenalkan diri?
Nama saya Ratna, lebih senang makcik lah. Kita dah tua.
Makcik buka niaga ni dah berapa lama?
Dalam kedai ni dah 21 tahun, meniaga dah semenjak tahun 80an lagi. Semenjak muda dah
sampai ke tua dah.
Dulu mula-mula meniaga kat mana?
Tepi laut, Bandar Hilir sebelum laut tu ditambak.
Bila laut dah ditambak, makcik pindah kesini?
Ya, kesini. Sini dulu pasar, saya meniaga kat sini lah, saya pakai kereta tolak, jual air batu
dengan apam balik ja. Saya berniaga daripada kecik-kecik, sikit-sikit. Tahun 1998 baru dapat sewa kedai ini. Dulu meniaga kat tepi luar ni ja. Dulu masa pasar ada, kat dalam bangunan ni dulu pasar, betul-betul pasar tapi sama-sama dengan orang pasar lah. Orang beli ikan, beli sayur, lepas tu beli air sekali.
Dah berapa lama pasar tu ditutup ya?
Tahun 90 berapa, tak ingat.
Pasal apa dia tutup?
Sebab dia pindah, sini dulu pasar besar, lepas tu dipindahkan. Pasar tu dipindahkan.
Kenapa akak tak ikut sekali?
Dah biasa kat sini, dah selesa kat sini. Dulu duduk Banda Kaba, kalau kesini dah dekat
kalau pindah tu dah jauh. Pasar sekarang tu dah jauh, pasar tu pun dah pindah lagi. Dah banyak kali pindah dah. Dah pindah, pindah dah 4 kali pindah, buat apa nak ikut?
Niaga kain ni, bahan-bahan dia dapat daripada mana?
Ada salesman datang, ada yang dari Pakistan, dari China, tengok jenis-jenis kain,
campur-campur.
Kalau dalam pasar yang ada sekarang ni, berapa peniaga yang tinggal?
Tak boleh kira lah, banyak kat belakang ni.
Yang belakang ni, dulu sepatutnya buat pasar kan?
Tak, itu dulu memang bangunan papan-papan aja dulu, abis dah terbakar dia buat kedai nak cantik sebab papan, tapi kecik-kecik jadi orang takda sewa sebab dia kecik.
So daripada buat sampai sekarang tak pernah buka lah?
Tak pernah, terbiar macam tu. Takda orang sewa, sebab dia kecik sangat, macam mana
orang nak meniaga?
Kalau yang kat sini, boleh tau berapa dia punya sewa? Ini sewa daripada MBMB kan?
Bukan, ini tanah persendirian, orang tu sewa tanah, macam dulu ada tuan tanah tu dia lot
lot kan tanah dia abis tu dia sewa. Abis orang menyewa buat bangunan. Macam tu lah.
Makcik rasa apa beza dulu dan sekarang?
Dulu shopping takda, dulu sini pasar ada, shopping takda jadi semua bertumpu kat sini lah.
Sini lah orang beli pakaian, situ lah orang beli lauk, macam tu lah. Di sana ada sungai dulu, tempat berhentinya boat nelayan. Seronok juga dulu, sejarahnya dulu seronok. Tapi sebab, yalah zaman tak moden, semua ada berlonggok kat sini tu yang seronok. Tapi sekarang shopping dah banyak. Ada orang nak beli barang, kalau macam orang muda dia suka shopping lah, kalau orang tua dia dah biasa datang Kampung Jawa masih lagi beli kat sini. Macam makcik-makcik tu mana dia suka pi shopping, macam tu lah. Ada orang datang, nasib lah, rezeki lah. Kalau ada rezeki kita adalah orang datang tapi tak semewah dulu.

“Misal kata dah pencen, tak tau lah tanah ni, sebab tanah ni orang dah jual, mungkin dia nak buat bangunan, pembeli lain tu nak buat baru.”

Perbualan pada
30 Ogos, 2019

Kalau pada musim hari raya, ramai lah?
Ya, musim raya atau cuti sekolah, sebab orang nak cari baju sekolah.
Kat sini ada jual baju sekolah?
Ya, tu yang warna-warna tu kan baju sekolah.
Apa yang akak harapkan untuk kelanjutan, katakan akak dah pencen? Siapa yang akan
lanjutkan?
Misal kata dah pencen, tak tau lah tanah ni, sebab tanah ni orang dah jual, mungkin dia nak buat bangunan, pembeli lain tu nak buat baru. Tapi kalau boleh biarlah lambat sikit kan, hahaha.
Kenal tak siapa yang punya tanah ni?
Entah apa nama dia, Chinese. Yang menjual Chinese yang membeli pun Chinese. Syarikat
besar lah, tapi kalau boleh harap-harap biarlah lambat sikit jadi makcik dapatlah cari rezeki lagi. Kalau dah pindah, pelanggan kita pun tak tau ke mana kita pindah. Dan makcik rasanya dah tak sanggup lah, penat dah makcik. Kalau nak pindah, banyak cerita nanti. Nak sewa mungkin mahal, abis nak barang satu hal, leceh lah.
Dia tak bagi tau bila nak ambik balik?
Belum lagi,
Berapa sewa dia sebulan?
Dulu masa baru sewa RM 1,200, masa tu belum ada shopping. Abis turun RM 1,000, sekarang RM 800, Kita minta tolong dia turunkan sebab dah takda ramai orang. Dulu masa makcik baru dapat ni, shopping masih belum ada lagi, banyak pelanggan, sekarang dah kurang lah.
Pedagang kat sini, Chinese lagi banyak ka?
Ya
Kalau dulu?
Dulu sama juga agaknya, tapi masing-masing dah tua, dia orang tak buat lagi. Tapi
generasi baru takda, macam yang ada nampak yang muda ada kat dalam, itu dari pada mak ayah dia dulu.
Kebanyakan orang tua-tua yang meniaga lah?
Ya, kalau sekarang sebab kemudahan dah banyak kan, orang dah belajar. Kalau dulu orang tua.

Terima Kasih Makcik Ratna