FOOD | MENTAKEDARAH

Cerita Ragi Dulu

Low Boon Dang

Bersama pembuat ragi
Low Boon Dang 79
06-284 0750

Perbualan pada
8 Ogos 2019

6 Jalan Bukit Cina
06-284 0750

Saya tinggal di sini punya rumah sudah 80 tahun. Saya lahir tahun 1941 masa Jepun pegang Melaka. Saya ada nampak Jepun punya orang dekat sini. Itu jam umur saya 6 tahun. Kami di sini buat kuih, yeast cake [ragi], dan tapai Melayu. Buat itu sikit-sikit jual lah. Mahu cari makan.

Dulu sini hutan, tak ramai orang. Saya punya bapa datang dari Shanghai, China. Bapa saya kahwin di sini, itu jam umurnya 28 tahun, saya punya mak 19 tahun. Saya punya mak, orang Indonesia yang datang ke sini.

Saya sambung bisnes ini daripada datuk saya. Lepas datuk, saya punya bapa, sekarang saya. Sudah 3 generasi. Resipi daripada datuk saya sampai sekarang tak pernah tukar. Tapi tak boleh kasi orang tahu macam mana buat. Tapi sekarang buka internet sudah tahu. Dan sekarang nak buat ragi pun tak berapa laku.

Kami jual tapai kat pasar sini. Sekarang tak buat lagi, ragi ada buat. Ini ragi guna buat tapai lah, orang Melayu pun ada buat, tahu, dekat Kampung Hulu sana. Sekarang tak buat lagi. Dulu orang guna tapai buat wine. Dan dulu itu syamsu (arak Cina), kita masak buat orang baru beranak punya.

(L-R): DAD IN SHANGHAI, DAD IN SHANGHAI, MOM & DAD WEDDING
FOTO KREDIT: EN LOW BOON DANG

Photo Gallery

Melaka Downtown Exhibition

UNESCO