Abdul Rahim Muhammad

Pengerusi Surau Beting, Kampung Pantei 1

MiF Oral History Interview

Surau Beting

07 FEB 19

“…orang dulu dah catkan jadi tak dapat nak baca lagi tulisan tu.”

Surau ni mungkin dalam kurun 17 ka 18 , pasal dia banyak pakai batu Belanda. Ini mungkin dia mia tarikh ni [sambil menunjuk ke catatan atas pintu].

Pasal ni apa ada satu imam cakap Masjid Bukit China pun, dia punya tarikh pun atas pintu ni, kemungkinan tarikh dia pun kat sini.

Mintak Perzim repair, jaga kesenian surau ni lah bukan? Pasal Perzim ada dia mia orang orang dia macam pakar2 dia buat ubah suai, jaga kesenian surau ni kan. Maklum lah surau ni dah lama dah beratus tahun, jadi kita minta pihak Perzim, dapat kerjasama dengan pihak surau kan, boleh la macam baikpulih, jaga balik dia punya kesenian tu.

“Jadi saya nak pihak yang wajib kalau boleh untuk bantu kerikkan balik…”

MiF: Pernah jumpa Perzim? 

Pernah jumpa Perzim mia pihak, kita dah angkat gambar yang mana tentang suraunya lama-lama kita bagi tu, tiang, tangga, perigi, seni ukiran kayu tu. Jadi kita masih menunggu lagi maklum balas dari pihak muzium, pihak Perzim mah. Jadi kita nak paksa pun kita tak tau bagaimana cara kan? Jadi mintak harap pihak Muzium boleh la tengok sikit lagi. Dia ada tulisan Jawi tu. Jadi orang lama orang dulu dah cat kan jadi tak dapat nak baca lagi tulisan tu, sama yang dekat tepi tu, atas pintu tu, yang ada tarikh tu, orang lama dah sapu cat jadi dia punya tarikh kita tak dapat tau lagi. Jadi saya nak pihak yang wajib kalau boleh untuk bantu kerikkan balik, dapat tau dia mia maksud tulisan Jawi tu sama Tarikh tu sekali. Jadi kita dapat tau, dia mia berapa lama di bina surau ni, asal usul dia kan? Tu satu ya kita minta perhatian.

“Tapi nak tanya lebih-lebih orang tua-tua pun dah takda lagi.”

Arwah mak saya cerita, arwah datuk saya, umor dia 80 lebih tapi masa dia kecik-kecik lagi surau ni dah ada. Masa dia hidup umor dia 80 lebih. Tahun 80an 90an macam tu dia meninggal, bermakna dah berapa ratus tahun surau ni. Jadi, asal-asal memang mungkin pembinaan daripada kayu lah. Kemudian dah berubah bina jadi batu, kemudian mungkin batu tu mak saya kata angkat dari Panchor [di Durian Tunggal]. Tapi nak tanya lebih-lebih orang tua-tua pun dah takda lagi.

Dalam mengkewan [perkataan Baba untuk bilik mandi] tu memang untuk di korek buat perigi, untuk nelayan datang rehat datang sembahyang dekat Surau Kampung Beting ni lah. Dulu memang tepi laut, tepi pantai , itu yang nama dia Surau Kg Beting pasal tu dia tepi pantai, pantai tu dulu dulu ada macam pasir beting, tu yang sejarah nama tu Kg Beting, surau tu.

Pintu surau tu suma dah  makan anai-anai dekat atas jenam dia, suma dah makan anai anai. Tu yang mintak pihak yang berwajib tu mintak perhatian la.

Kalau boleh kita minta pihak yang berwajib bikin balik bumbung asal dia yang tajam, macam surau Kampung Melayu tu dia pakei genting dulu.

Photo Gallery

Terima Kasih En. Rahim

%d bloggers like this: