Omar bin Embi

Mee Rebus Tengkera

MiF Oral History Interview

Tengkera

23 APR 19

“Aku pergi sekolah sampai darjah ke empat. Takde duit, mahu beli pen…”

Apa nama bini?
Kecik dia punya nama. Ali. Dia sudah meninggal dah.

Macam gitu anak bongsu ler.
Hey, gua punya bini anak bongsu apa!!!

Habis kecik (refer to anak bongsu).. Boleh ambil gambar?
Nak ambil banyak-banyak ambil lah….

Senyum lah……
Apa nak senyum, dah lawa pun. Sudah mahu mati ler.

Apa je cakap gitu…Pakcik  umur berapa?
76 tahun. Orang rumah dah takde lagi (deceased wife) satu orang tergolek je. (making a joke)

Pakcik tinggal mana?
Dalam, kat kampung Lapan. Masuk sekolah ACS. (going through ACS to go to the kampung).

Bukan tinggal kat sini (the kedai makan)? Tanah Chetty dia ambil sikit tau.
Sini Pantai 1, tinggal kat Kampung 8.

Boleh ingat nombor rumahnya?
43, Kampung 8.

Dekat dengan Kampung Chetty punya tanah?
Chetty ada banyak tanah juga kat sini 3 atau 4 tempat.

Kampung 8 dia (Chetty) ada 2-3 lot tanah.
Boleh bikin 2 biji rumah macam gitu.

Memang dilahirkan disini lah?
Dilahirkan disini ler, Kampung 8.

Kat rumah ke kat hospital?
Dulu mana ada pergi hospital!!! Dulu banyak bidan.

Sekarang tidak ada lagi?
Sekarang dah kurang lah. Satu sekali gua punya anak beranak yang nombor 6 punya. Itu mahu cari bidan tu time kita kayoh itu beca eh, pukul jam 3 pagi cari tu bidan kat Jalan Kubu. Ketuk-ketuk pintu, dia takde. Dia pergi ke Kuala Lumpur. Lepas itu gua balik. Pinjam kereta, itu jam jiran ada kereta. 4740 itu dia punya nombor( nombor plate kereta). Ambil kereta itu dan pergi ke Kampung Belanda (Heeren Street). Itu ada tempat bersalin. (talking about the old maternity house at 54-56 Heeren Street). Itu jam bidan banyak, tapi tahu mereka makan angin tak.

Kat Kubu itu siapa bidan dia?
Orang cina lah.

“Dulu murah.
Satu piring mee goreng 20 sen.”

Kampung Belanda itu kat rumah Merah (Stadthuys) tu. Situ ada maternity home. Dr. Ong dulu. Mahal tak?
Jam [masa] itu tak mahal. Baru 50-60 ringgit saja. Ini jam dah mahal. Dulu murah. 1 piring  mee goreng 20 sen. Ini jam dah jadi RM 4.50. Jauh sangat dia punya beza.

Kat hospital beranak itu kat kampung Belanda, kena bayau?
50/60 ringgit. Itu swasta.  

Gitu orang-orang pergi sana orang kaya lah.
Orang ada duit pergi sana lah. Tersuntuk punya pasal, kena pergi ke situ.

Doktor ambil juga?
Ambil ler. Sebab orang takut kena check dengan doktor. Takut  ke hospital . Dia anak yang ke nombor 6.

Apakah pesakit pergi ke tempat tu? Banyak Cina ke Melayu?
Campur.

Mak Munah [penjual kuih badak, dah meninggal] pun Embi kan?
Itu bapak dia dulu kerja kat bank Hong Kong Bank.

Mak Munah punya bapak kerja kat Hong Kong Bank. Embi maknanya apa?
Embi ler. Nama je.

Berapa adik-beradik?
5. 3 perempuan 2 lelaki.

Anak berapa?
8.

Harun nombor berapa?
Nombor 2.

Berapa lelaki?
6 lelaki 2 perempuan.

Dekat klinik beranak itu banyak Doktor tempatan ke?
Tak tahu ler, tu dulu-dulu.

Malam pun dia orang buka?
24 jam buka. Itu time 40 tahun sudah. Anak perempuan itu sudah 40 tahun (the child that laboured at 54-56 Heeren Street)

Pernah dengar Kampung Merringu tak?
Tak.

Kat sini banyak Boyan eh?
Mana ada Boyan. 1-2 biji [orang] Jawa ada. Ada 1 kat kampung 8. Itu 2 biji kat kampung. 2 rumah sendiri satu sewa.  3 biji ada.

Kampung 8 bukan Kampung Tengkera punya tanah?
Semua ada punya sendiri tanah.

Itu kampung 9, setiap rumah tu ada kubur.
Mana ada kubur.

Itu belakang International School.
Itu dia orang cakap macam Wali-wali. 

Sana sini ada kubur ka Kampung 9. Depan rumah, tepi rumah, belakang rumah.
Dekat kawasan tu punya rumah memang ada kubur-kubur. Jalan masuk itu pintu masjid punya lorong kan. Ada pintu kubur depan masjid. Depan rumah semua ada kubur. Dulu bawah rumah pun ada kubur.

Itu kubur family dia punya lah.
Takde lah. Orang lain punya.

Wa ingat dia letak kubur situ, jadi tidak bayar cukai.
Kena bayau lah. Rumah sebelah dia ada kubur. Itu macam besau-besau 1 biji. Itu orang-orang berilmu.

Note

Walī (Arabic: ولي‎, plural ʾawliyāʾ أولياء) is an Arabic word whose literal meanings include”custodian” “protector”, “helper”, and “friend”. In the vernacular, it is most commonly used by Muslims to indicate an Islamic saint, otherwise referred to by the more literal “friend of God”.

“Ilmu dia tinggi. Dia mati dan ditanam di sini, that’s why kubur dia panjang.”

Macam Datuk Manila ler.
Datuk Manila bukan dari sini. Dari Manila. Dia mati ditanam di sini. Itu orang dulu cakap lah. Ilmu dia tinggi. Dia mati dan ditanam di sini, that’s why kubur dia panjang. Dulu-dulu gua kecik punya time 15 tahun pergi buat ke sana sembahyang. Bawa nasi dan sembahyang. Nasi minyak potong kambing kat sana.

Potong kambing dalam situ [Makam Datuk Manila]? Ada orang soja-soja [sembah]?
Dulu boleh buat, sekarang tidak.

Orang Chetty pun ada pergi sana sembahyang?
Ada, orang cina pun ada. Cina, Melayu dan Chetty semua ada.

Sekarang tak buat? mereka cakap syirik!!! Hari ini nombor baik? (in jest)
Nombor apa? (faint laugh).

Kat Pantai 2, tahu pasal tu makam Robiah.
Situ ada belakangnya ada makam Robiah. Belakang rumah Kutip [nama tuan rumah]. Rumah Kutip. Selalu dulu buat Maulud.

Makam siapa tu?
Tak tahu. Kita ada, dia [Makam] sudah ada situ

Ada penjaga makam itu?
Dulu-dulu itu Haji Salleh ada buat. Sekarang Haji Salleh dah takde . Sekarang anak dia buat. Dekat situ kubur dia, makam dia [Makam Robiah]

Kubur Nek Yusof?
Haji Yusof pun dulu ada buat sekarang tidak ada lagi.

Buat apa?
Dalam tu dia buat maulud, tiap-tiap 1 minggu sekali. 1 kali dia buat nasi besar-besar buat maulud semua. Makan besau-besau.

Makan kat dalam kawasan [makam] itu?
Ya, dulu boleh sekarang tidak. Leceh juga kena angkat barang-barang.

Tempat itu keras?
Tempat tak keras, tempat biasa lah. Tapi tidak pernah orang kena apa-apa. Yang mati semua bukan setan semua manusia. Jikalau ilmu dia tinggi, jadi wali kan. Mereka pergi minta macam-macam apa-apa doa kat situ. Dia kat belakang ada lagi satu makam. Enche Ismail.

Itu orang mana?
Tak tahu. Itu tengkera punya orang. Kat belakang Haji Yusoff punya makam.

Yang famili dia dari Singapura?
Itu Johor punya, jauh. Itu kat masjid depan, Masjid Tengkera. Itu Sultan Hussein. Itu tidak tahu macam mana sultan tu mati dan ditanam dekat sini.

Yang Harimau Putih [Makam Harimau Putih] itu ada kena mengena dengan Nek Yusof?
Haji Yusof

Sebab ada orang cakap si harimau putih itu ada pergi ke makam itu lah apa?
Sekarang tidak nampak lagi lah.

Dekat daerah Pantai 1.
Dulu boleh nampak, sekarang tak nampak. Sekarang mana boleh nampak lagi.

Yang makam Harimau Putih itu di tepi rumah melayu tu kan?
Itu rumah lama tu Habib Noh yang itu sekali-sekala dia orang buat maulud.. Dekat dengan surau (Beting) masuk dalam sana.     

Dekat Singapore tu ada Makam Habib Noh. Yang dekat kuih dodol tu?
Yang dekat dodol itu mana ada makam? Itu kat luar Pantai luar. Mana ada makam sana.

Note

Malbars or Malabars are an ethnic group of South Indian Tamil origin in Réunion, a French Island in the Southwest Indian Ocean, The Malbars constitute 25% of the population of Réunion and are estimated to be around 180,000.

“Dulu kerja buruh, angkat sampah. Masa itu gaji RM3.10.”

Dulu kerja mana?
Dulu kerja buruh, angkat sampah. Masa itu gaji RM3.10.

Itu gaji setiap hari?
Setiap hari gaji 3 ringgit 10 sen. Masa itu satu rumah boleh makan dengan gaji gitu. 1 bulan dapat RM80 lebih. Satu rumah dengan emak-emak dengan anak-anak boleh makan boleh tanggung. Tapi sekarang kasi 2ribu tak cukup.

Kakak Aspah yang buat dodol kat Pantai 2 cakap ada 2-3 orang Arab tinggal di daerah sana. Tetapi sudah uzur.
Anak-anak dia masih ada lagi. Arab-Arab tu.

Kenal ke dengan mereka tu?
Bapa dia kenal tapi sudah mati. Macam mana nak cari. Tinggal anak dia je. Anak-anak mereka ada sini. Selalu datang makan

Kakak Aspah cakap anak-anak dia ada kedai baju-baju dekat Bangunan Cawangan UMNO di Jalan Hang Tuah.
Ya, banyak Arab berniaga dekat sana. mereka ada duit, ada harta. Tak tahu macam mana dia datang Malaysia dengan banyak duit dan harta.

Kan mereka berdagang.
Berdagang tapi dari mana mereka dapat harta dan duit. Ada tanah sini ada tanah sana. Anak-anak dia ada sini. Kat Limbongan pun ada anak-anak dia tinggal. Selalu baca surat kabar Arab kat sini hari ini tidak nampak.

Dia Arab ada keturunan nama dia?
Ada lah, macam-macam keturunan dia.

Pak Cik tahu tak?
Mana tahu. Arab-Arab macam-macam hal (in jest) .

Dulu, sekolah kat mana?
Dekat Kubu.

Apa pasal orang Tengkera suka pergi ke sekolah Kubu?
Sekolah Kubu selalunya sekolah Melayu. Ajar Bahasa Melayu. Aku pergi sekolah sampai darjah ke empat. Takde duit, mahu beli pen pun takde duit. Kalau aku boleh bersekolah aku pergi sekolah ke Malim. Saya dulu otak bagus juga untuk sekolah. Itu pasal saya boleh kira-kira. Tarok duit banyak-banyak aku boleh kira. Dulu UMNO kan, beribu aku boleh kira.

Dulu di sekolah belajar Jawi tak?
Belajar. Boleh baca dan tulis.

Surau tu bila dia tutup? Yang Menara tu…. Tabligh
Itu masa Ghafar Baba. Dia kata nak bikin jalan tapi tak bikin. Pembohong, mana bikin jalan. Dia alihkan ke sebelah itu. (Markas Surau Hayatul Islam, 390 Jalan Tengkera)  yang lama itu Menara.

Takde orang bantah dia robohkan bangunan lama? Hasnul (Leader of the Socialist Party/Barisan Parti in Melaka) takde cakap apa-apa? Takde orang lawan dia.
Dulu dia jadi Presiden Menteri Melaka siapa nak membangkang? Tapi Hasnul Barisan Party lebih bagus. Dia masuk, banyak anak-anak Tengkera ada kerja. Semua dia punya tangan. 

Pakcik kerja dengan Majlis Perbandaran pasal Hasnul ke?
Saya kerja bukan pasal dia. Lain orang. Hasnul banyak tolong gua Kalau dia masih lagi, dia lebih tinggi sekarang. Hasnul pelajaran lebih tinggi dari Ghafar Baba. 

Dia tinggal mana? (Hasnul) Kg. 9?
Atas sikit kat Kg, 9.

Yang lagi satu orang UMNO dari Tengkera itu, Tengku apa tu? Yang baru kalah undi tu ari?
Tengku Adnan.

“Tolak sikit. Melaka mahu kasi gua PBM. Pingat ini tak kasi hasil, buat apa!”

Dia bukan dari Tengkera. Tengkera takde Tengku. Tapi dia mengaku dia orang Melaka. Tapi Nek bukan dari Tengkera. Apa pasal mereka panggil Nek, Nek macam si Nek Yusof.
Tak tahu. Ini pangkat-pangkat ada apa. Dulu semasa orang putih mereka mahu kasi pingat JP tu susah dia tengok orang itu ada baktinya untuk menerima. Tolong orang macam-maacam. sekarang orang bawah beca pun dapat pangkat Datuk. penyanyi Datuk, band punya orang dapat Datuk. Datuk macam buang kat longkang. Satu kali dia keluar 400/500 pingat. Gua dapat PBM( Pingat Bakti Malaysia) pingat. Tolak sikit. Melaka mahu kasi gua PBM. Pingat ini tak kasi hasil, buat apa!!!!

Bulanan dapat allowances?
Apa allowances!!! Kena bikin baju hitam, seluar hitam, songkok hitam, kasut hitam. Habis kena pergi training 7 hari.

Dulu yang kedai kek ini (same row as the kedai makan), sebelum itu kedai apa?
Kedai roti, dulu dia punya bapa punya. Dia ada adik-beradik 3 orang.

Orang  Sri Lanka, keling eh? (was heading to question about Pamadasa)
Orang Cina, yang India itu sebelah rumah itu. Dia bukan dari India dari Malbar. Dia sudah mati, dia punya bini sudah mati. Dia punya anak ada 2.

Dia yang buka Kubu Stadium.
ia, bukanlah. Mana dia ada buka tu. Dia punya anak ada 2 perempuan. Kawin tak kawin gua tak tahu, Umur sudah 50an.

India kan Malbari tu?
Bukan dari India, Malbari. Malbari, Malayalam,

Sini ada berapa macam kaum India?
Sini mana ada banyak India, kurang sekarang. Gajah Berang banyak Chetty. Dulu banyak Mamak kat sini. Keturunan dulu banyak Mamak.

Kenapa banyak Mamak datang ke sini?
Tak tahu lah… Dulu-dulu datang dari India dan pasal masuk Islam.

Tahu nama Tengkera asalnya dari mana?
Tranquerah,

Tengok orang sini semua cakap Tranquerah. Orang luar je cakap Tengkere, Tengkere…. Dulu belakang sini pantai kan.
Dekat je. Boleh tangkap geragau. Dua biji rumah belakang kedai ini sudah sampai pantai.

Ada orang serani dekat sini?
Serani depan sana. Kat pasau.

Itu tempat orang main judi kan?
Tak tahu.

Itu pasar tidak aktif lagi eh.
Ada juga 2-3 orang.

Pak Cik tak bel ikan situ?
Tak.

Mee-mee kedai tak beli kat situ?
Tak, ada tempat lain. Ada orang bawa. Sayur ke apa yang u nak, dia bawa. Saya tidak pergi ke kedai.

Kedai ini 2 lot,eh?
1 lot je, sebelah kerajaan punya. Yang kedai ini Masjid Tengkera punya. (329, Jalan Tengkera)

Berapa kena bayar?
RM400/sebulan.

Mahal eh,
Mana mahal, mana nak cari sewa RM400 sekarang. Mana ada murah lagi.

Sewa kat tanah wakaf Masjid Tengkera baru kena Rm25 sebulan.
Dekat dalam masjid (Tengkera) ada tanah wakaf. Tapi dia tidak minta duit lah.

Masjid itu kaya lah.
Bukan Masjid yang pegang JAI [Jabatan Agama Islam].

Pakcik selalu sembahyang kat mana?
Masjid Tengkera lah. Kat rumah pun ada surau. Kat dalam.

Surau Kg. Beting tahu ceritanya?
Cerita tak tahu. Dulu-dulu punya orang pegang lah. Dulu bagus, sekarang tidak bagus, Dulu ada 3 surau.  Kat belakang satu (Surau Beting) hujung satu (Surau Kg. Melayu) dan yang kat tepi jalan raya (Surau Al Hidayah).

Terima Kasih Pak Cik Omar

%d bloggers like this: