Nasha Rodzaidi Khaw

Universiti Sains Malaysia

Antara Melaka dengan Kerajaan Pendahulunya:
Tinjuan Semua Arkeologi dan Sejarah

Tawarikh Talks Series

06 APR 19

in collaboration with

Badan Warisan Malaysia
Jalan Stonor
Kuala Lumpur

with Badan Warisan Malaysia

Profile

Dr Nasha bin Rodziadi Khaw

Dr Nasha bin Rodziadi Khaw is currently a lecturer at the Centre for Global Archaeological Research, Universiti Sains Malaysia. He pursued his Ph.D in Archaeology at the University of Peshawar, Pakistan. The title of his Ph.D thesis is “Study and Analysis of Brahmi and Sarada Inscription from Gandhara: Its Cultural, Religious and Political Impacts to the Region” which involved the documentation, translation and interpretation of Sanskrit inscriptions found in Pakistan and Afghanistan. This research also involved the detailed study of the palaeography and the implication of the inscriptions to the history of Pakistan and Afghanistan.

Highlights

Poster for Tawarikh Talk #3

Di sebalik hujan lebat dan ribut petir, syarahan Dr Nasha Rodziadi Khaw berjudul “Antara Melaka dengan Kerajaan Pendahulunya” pada hari Sabtu lepas berjalan dengan lancar. Tepat jam 3 petang para tetamu dan media memenuhi ruang yang disediakan oleh pihak Badan Warisan Malaysia. Dr Nasha membahagikan syarahannya kepada tiga bahagian utama iaitu sejarah kemunculan kerajaan-kerajaan maritim terawal di Kepulauan Melayu sebelum kurun ke-15 Masihi, kemunculan Kesultanan Melayu Melaka, dan perbandingan antara Kedah Tua dan Kesultanan Melayu Melaka dari segi politik, ekonomi, dan sistem sosial.

Dalam kajiannya Dr Nasha menemui banyak sumber arkeologi mengenai Kedah Tua, tetapi sangat sedikit sumber bertulis. Sementara Melaka mempunyai banyak sumber bertulis, tetapi sangat sedikit sumber arkeologi.

“Perkembangan Kesultanan Melayu Melaka berlaku dalam jangka masa pendek tetapi dalam jangka masa pendek itulah kita dapat maklumat macam mana masyarakat Melayu dalam sebuah kerajaan maritim di Semenanjung Tanah Melayu hidup. Kita tahu struktur ketatanegaraan, adat istiadat, dan ekonominya,” jelas Dr Nasha.

Menurut Dr Nasha lagi, walaupun maklumat mengenai kerajaan terdahulu adalah terbatas, kita boleh menggunakan sejarah Melaka untuk mendapat gambaran mengenai sistem sosial dan pemerintahan kerajaan-kerajaan terawal itu.

“Apabila kita bercakap tentang suatu zaman di mana sumbernya adalah sedikit, ia akan terbuka kepada interpretasi. Mungkin akan wujud lebih dari satu naratif,” Dr Nasha mengingatkan penonton bahawa tujuan arkeologi bukan untuk memburu satu naratif yang mutlak tetapi menggabungkan naratif-naratif berbeza berdasarkan tafsiran sumber sejarah.

Syarahan berakhir dengan sesi soal jawab bersama penonton. Antara persoalan yang dibangkitkan adalah kewujudan angkatan tentera laut yang melindungi kerajaan maritim di Semenanjung Melayu, penggunaan bahasa Sanskrit dalam masyarakat Kedah Tua, dan keberadaan Melaka sebagai sebuah empayar di Asia Tenggara. Acara kemudian bersurai.

Photo Gallery