Azhar Ibrahim

National University of Singapore

Kosmopolitansme Budaya:
Sejarah Budaya Persisir di Alam Melayu

Tawarikh Talks Series

15 JUN 19

in collaboration with

Badan Warisan Malaysia
Jalan Stonor
Kuala Lumpur

with Badan Warisan Malaysia

Profil

Dr Azhar Ibrahim

Dr Azhar Ibrahim adalah Timbalan Ketua Jabatan dan Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau meraih ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana dari universiti yang sama dalam pengkhususan Pengajian Melayu, khasnya dalam bidang kesusasteraan Melayu klasik dan moden. Beliau menamatkan kajian pasca-doktoral di Fakulti Teologi, Universiti Copenhagen, Denmark dan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat pada 2009-2011. Tumpuan kajian beliau adalah sosiologi sastera, teologi sosial, wacana kebudayaan, peradaban dan pemikiran Islam, serta minat dalam wacana literasi kritis dan pembangunan intelektual Melayu-Indonesia.

Highlights

Jomo Tawarikh Talk Poster

“Adalah sangat mustahak untuk kita melihat karya klasik Melayu (bertulis atau lisan) sebagai dokumen budaya dalam pemahaman dan analisis budaya Melayu”, Dr. Azhar Ibrahim menulis dalam bukunya Historical Imagination and Cultural Responses to Colonialism and Nationalism.

Selama ini kefahaman kita tentang sejarah dan budaya Melayu dipengaruhi oleh kerangka pemikiran kolonial sehingga naskhah seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah tidak dipandang serius sebagai sumber sejarah.

Di sinilah Dr. Azhar menekankan kepentingan “pensejarahan imaginasi” iaitu kefahaman kritikal terhadap sejarah lalu untuk mencabar naratif warisan kolonial yang sedia ada.

Kajian sejarah tidak boleh terbatas kepada aspek tekstual semata-mata seperti yang dilakukan oleh sarjana kolonial. Kajian sejarah juga harus mempertimbangkan konteks budaya, politik dan sosiologi pada sesuatu zaman.

Maka dalam syarahannya Dr. Azhar akan membincangkan pertembungan budaya kosmopolitan di Alam Melayu dan bagaimana ia boleh ditafsirkan melalui tema seperti fabrik batik, masakan Melayu, dan seni bina Nusantara.

Photo Gallery